ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Sunday, March 21, 2010

SUMBANGAN KEBAJIKAN DPPKHS DI HULU BERNAM

1 comments
Satu gerak kerja untuk membantu meringankan beban penduduk di Kampung Gesir dan Kampung Hassan telah dijalankan pada 14 MAC 2010. Sumbangan barang keperluan asas telah disampaikan oleh Ketua Pemuda DPPKHS (Saudara Nizam) dan Timbalan Ketua Pemuda DPPKHS (Ustaz Fakhrunnawi). Majlis juga mendapat sokongan padu daripada Ahli Majlis Hulu Selangor (Yang Berbahagia Saudara Salleh Ri) yang mana beliau sendiri meredah kepanasan mengikuti rombongan pacuan 4 roda Hilux. Tidak ketinggalan juga NGO daripada Hulu Bernam dibawah pimpinan Saudara Sukurillah (INSAFHB) yang turut menyumbang tenaga.

Sementara itu di Kampung Hassan, majlis dikendalikan oleh En. Yusof dan Husaini (Along). Setelah habis pusing Kg Gesir, romobongan KP DPPKHS bergerak ke Dewan KG Hassan untuk menyertai majlis disana yang sedang berjalan. Majlis tamat sekitar jam 12 tengahari.


TKP menyampaikan bantuan sambil diperhatikan oleh KP


Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (Yang Berbahagia Salleh Ri) menyampaikan bantuan kepada warga emas. Walaupun usia emas tetapi berbadan sasa


Lagi sekali KP memerhatikan TKP menyampaikan sumbangan


Giliran KP untuk menyampaikan bantuan sambil diperhatikan TKP dan pengasas INSAFHB


Bukan senang untuk melihat Ahli Majlis bertenggek di atas Hilux, kami yang duk dalam aircond. Terima kasih tuan!!!


Lagi rumah penduduk Kg Gesir yang dilawati


Sempat berborak dengan penduduk yang menerima sumbangan


Ahli INSAFHB sedang berpossing diatas Hilux


KP menyampaikan bantuan di Dewan Kg Hassan


Lagi KP di Dewan KG Hassan in action


En.Yusof dan KP bergambar bersama penerima sumbangan


En. Yusuf sedang menyampaikan sumbangan
.......Baca selanjutnya »

Friday, March 5, 2010

Semarak Hijau Hulu Selangor: Team bola DDPNS mengganas di SKC

3 comments
Sabtu- 20 Feb 2010: Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi seumpama jihad di medan PRK, pasukan DPPNS telah bersatu tenaga turun ke Padang Bola Sepak Sri Keledang Hulu Selangor denan harapan untuk menggempur kubu pihak lawan.

Yang menariknya perjalanan ke SKC (nama di ambil dari kompeni lombong bijih; Sri Kinta Corporation yang merupakan kawasan lombong bijih suatu masa dahulu) mesti melalui sebahagian negeri Perak (Kuala Slim). Dengan itu alamat pos standard juga agak menarik

SKC, 35800 Slim River, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan

Berbalik kepada perlawanan bola sepak tadi, sesudah solat Asar pasukan DPPNS berjersi hijau "PTS" dengan penuh semangat melangkah ke padang. Sedia menanti pasukan pilihan SKC. Ternyata kehebatan DPPNS pada petang itu telah dibuktikan dengan ditewaskan oleh anak muda SKC dengan jaringan 5-0.


Ketua Kampung, Tuan Zakaria telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada johan "PILIHAN SKC" dan naib johan "PILIHAN DPPNS"

Majulah sukan untuk negara!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




team yang menang dengan aksi masing-masing










team yang naib johan pun ada hadiah jugak







.......Baca selanjutnya »