ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Tuesday, February 23, 2010

Jamuan Rakyat & Sambutan Tahun Baru Cina di Hulu Bernam

2 comments

(Ahad) 21 Februari 2010 (12.00pm)


Hulu Bernam,Hulu Selangor - Aktiviti Kembara Amal Semarak Hijau untuk Dun Hulu Bernam diakhiri dengan majlis Jamuan Rakyat dan Sambutan Tahun Baru Cina yang bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam.

Majlis yang meriah ini dirasmikan oleh Pengarah PKM Hulu Bernam sendiri iaitu Tn Hj Abdul Sukor Ali disamping ucapan oleh Ketua Kampung Hasan, Ulu Bernam.

Sedikit rakaman di majlis tersebut.


Orang ramai sedang menjamu selera dengan menu-menu yang disediakan


Petugas dari Bukit Beruntung sedang melayan mesra tetamu yang hadir


Ewaah! Sempat posing lagi Pak Sheikh ni!


Wah! Sampai tak cukup tangan kak! silakan..silakan..



Jelas.. Kepelbagaian kaum yang hadir..


Yang kecil, yang besar, yang tua, yang muda dilayan sama oleh petugas yang ikhlas berkhidmat!


Ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis..



Wah! Patah tangan pun sanggup hadir! Syabas dik!


Ucapan Perasmian oleh Pengarah PKM


Salah seorang Saudara Islam yang hadir dan bertugas! Allahuakbar!


Adik-adik.. Panas tuh berjemur! Demam pulak nanti..


Walaupun bertongkat! Tetap hadir wanita ini.. Toche! Toche Ah So...!


Ucapan oleh Ketua Kampung Hasan, Hulu Bernam


Sumbangan buat mereka yang layak disampaikan oleh Timbalan Pengarah PKM Hulu Bernam


Ketua Kampung Hasan juga turut menyampaikan sumbangan


Pengarah PKM menyampaikan sumbangan



sesi makan-makan..



.......Baca selanjutnya »

Futsal, Servis Motor Percuma dan Pertunjukan ARC di Hulu Bernam!

0 comments

(Ahad) 21 Februari 10.00 pagi - Padang Awam Hulu Bernam

Aktiviti- Servis Motor Percuma dan Pertunjukan Penunggangan Motosikal oleh ARC


Konvoi motosikal berkuasa tinggi Pemuda PAS!


Kehadiran luar jangkaan dan serentak! Phew!


Yang baru tiba pun ada.. Sila! Sila!


Sementara itu Kejohanan Futsal Pemuda pun sedang berlangsung di tempat yang sama


Wah! Dah bertambah jumlah motor yang sampai! Cukup ke stok minyak hitam nih?


Pomen sedang buat kerja..




Ketibaan Dato' Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Dato' Dr Hassan Ali bersalaman dengan ahli-ahli kumpulan konvoi dan orang ramai yang hadir


Wah! Tak sangka yang Dato' secara tiba-tiba mahu mencuba motosikal besar nih!
Steadylah Dato'!


"Hmm.. kena sambar gak sebijik ni buat gi Masjid!"
Mungkin iti bisik hati beliau..


Pengerusi aktiviti masih sibuk sama macam semalam di Sg Tengi!
Takbir syeikh!


"Yang second hand punya ada tak? nak letak raga sekali senang bawak gi masjid!"
Mungkin itu pulak tanya Dato' pada brother tu..



Wakil dari PAS Kawasan dan LPN kawasan pun ada! Syukran jazilan Ya Syeikh!


Hmmm.. bila la agaknya nak merasa ada sebijik 'benda alah' cenggini??


Aiii.. Ustaz.. Teringin nampak!


Team konvoi bertolak ke lokasi lain..


Antara Jemaah PAS Zon Bukit Beruntung yang turut hadir menyinsing lengan!
.......Baca selanjutnya »

Jamuan Rakyat & Pentas Pemuda di Sg. Selisek, Hulu Bernam

0 comments

(Sabtu) 20 Februari 2010


Sedikit rakaman peristiwa!

Sedang menikmati menu istimewa malam itu - Sup Lembu!


Wah! Begitu khusyuk saudara baru kita menikmati sup..


Berbaris menunggu giliran untuk menceduk Sup
"Syeikh depan ni slow la pulak! Kang tinggal tulang je untuk aku.. aduiii..."


Bersantai sambil mendengar Ceramah Pimpinan


Penceramah pertama pada malam itu & sangat bersemangat!,
Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan DPPNS



Antara pimpinan Pemuda dan Muslimat PAS Selangor yang hadir dan turut memberikan ucapan


Pengerusi Majlis, Al-Fadhil Ustaz Fakhrunnawi Ahmad Payuni yang juga
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor
memetik beberapa hadis sebagai panduan buat pejuang-pejuang Islam...


Bekas calon PAS untuk Dun Hulu Bernam bagi PRU12, Tn Hj Sukor Ali menceritakan pengalaman beliau sebagai penjawat awam...


Antara 'orang kuat' Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor yang bertungkus-lumus menjayakan setiap inci aktiviti kali ini! Syabas Ya Akhi!

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Puan Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan turut bersemangat menceritakan perihal barang keperluan dapur yang naik mendadak dan melampau!



Antara hadirin dan petugas yang hadir...


Sdr. Sany Hamzan selaku Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor yang paling bersemangat pada malam itu!


Al-Fadhil Ustaz Hasbullah Ridzwan menyampaikan ceramah yang agak lembut namun sarat dengan pengertian dan ilmu.
.......Baca selanjutnya »