ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Sunday, December 20, 2009

Hampir Tumbang UBN

0 comments
Tahap pemikiran menteri BN. Adakah benar PR hendak meruntuhkan negara?. Sekiranya undian pada malam tersebut memihak kepada PR, maka kerajaan BN akan ditumbangkan. Jadi pada dasarnya Menteri Kewangan hanya mengemukakan pandangan beliau yang amat dangkal, PR tidak tahu menjaga dan memerintah negara. Almaklumlah baru sepenggal memegang jawatan menteri.

Seandainya pentadbiran PR di Selangor, Pulau Pinang (tidak perlu mengambil ukuran dengan Kelantan) di jadikan batu timbangan dengan BN yang telah lebih 50 tahun memerintah negara, nescaya nisbah kebaikan dan kemakmuran untuk rakyat marhaein tidak terbanding.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pembangkang cuba runtuhkan negara

Utusan Melayu

IPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara.

''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi.

''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan.

Semasa pengundian tersebut, Bajet 2010 diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ekoran insiden tersebut, rakyat kini perlu bersikap kritikal terhadap pembangkang yang mahu mencari keuntungan politik tanpa mengira kesannya terhadap negara.

''Jangan apa kerajaan buat sedikit pun, kita kata kerajaan tidak betul tetapi apabila pembangkang buat, semua okay.

''Ini bukan soal kecil tetapi lagi besar daripada perang kerana kalau perang dunia, negara ada belanjawan tetapi kalau tidak ada belanjawan, hancur terus negara," katanya.

Ditanya mengenai usaha pembangkang menghasut rakyat untuk menggagalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) beliau berkata, rakyat perlu faham ia merupakan antara perubahan yang dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan negara.

Katanya, semua 143 negara maju di dunia mengamalkan GST manakala di Asia Tenggara, hanya Brunei dan Myanmar selain Malaysia yang tidak melaksanakan sistem tersebut.

''Tetapi Brunei tidak ada sistem cukai. Maknanya, hanya dua negara iaitu Malaysia dan Myanmar. Adakah kita hendak letak negara kita dalam kategori negara Myanmar atau bergerak ke hadapan dalam kelompok negara maju," katanya.

.......Baca selanjutnya »

Tuesday, December 15, 2009

CERAMAH PEMUDA

0 comments
Lapangkan masa anda untuk hadir mendengar ceramah ini
Jzkk .......Baca selanjutnya »

Sunday, December 6, 2009

SPRM tiada kerja?

0 comments

Satu tindakan yang boleh dikatakan keterlaluan apabila SPRM dimanipulasikan untuk memantau majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir..............

===========================================================================

Pegawai SPRM di majlis bantuan banjir

Utusan Malaysia

KOTA BAHARU 5 Dis. - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di setiap majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negeri.

Pengarahnya, Mohd. Roslee Mamat berkata, langkah itu bagi memastikan bantuan kerajaan untuk menolong mangsa bencana alam itu sampai ke sasarannya dan mencapai matlamat.

Menurutnya, ia juga bertujuan memperlihatkan kepada umum ketelusan kerajaan dalam mengagihkan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

"Kita mengambil langkah itu bagi memastikan matlamat dan misi kerajaan menolong mangsa yang terbabit dalam bencana alam difahami hingga ke peringkat akar umbi.

"Ini juga bersesuaian dengan slogan pimpinan kerajaan hari ini iaitu 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini timbul pelbagai tuduhan kononnya pengagihan bantuan kepada mangsa banjir tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat kerana campur tangan politik dan sebagainya.

"Dengan adanya pendekatan seperti itu, kerajaan berharap dapat menghindarkan sebarang tohmahan negatif terhadap MKN dan kerajaan," kata Roslee.

Menurutnya, menerusi pendekatan itu, pegawai SPRM akan membuat pemantauan di setiap majlis penyampaian yang dihadiri mangsa banjir daripada pelbagai fahaman politik bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak dipengaruhi elemen tidak sihat dalam pengagihan bantuan itu.

"Ini melibatkan integriti dan kita tidak mahu rakyat teraniaya dengan masalah seperti ini. Kita mulakan perkara ini pada musim banjir kali ini kerana melihat setiap kali pengagihan bantuan banjir timbul permasalahan tercicir daripada menerima bantuan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, penglibatan SPRM ini akan berterusan dalam menyertai proses agihan bantuan banjir.

Mengenai pengagihan bantuan mangsa banjir bagi negeri Kelantan, beliau berkata, setakat ini seramai 2,163 keluarga mangsa banjir menerima bantuan sebanyak RM300 seorang keluarga dan selebih RM200 lagi akan diagihkan selepas musim banjir.

Untuk jajahan Pasir Mas sahaja, seramai 892 menerima bantuan banjir itu merangkumi beberapa daerah yang teruk mengalami bencana alam itu, terutama di daerah Rantau Panjang. - BERNAMA

.......Baca selanjutnya »

Saturday, December 5, 2009

PUTAS

2 comments

Sila klik pada gambar untuk image yang bersaiz besar. .......Baca selanjutnya »

Wednesday, December 2, 2009

CERAMAH PERDANA YB NIZAR

3 comments

Salam....................
PAS Kawasan Hulu Selangor akan menganjurkan ceramah perdana penerangan isu-isu semasa. Semua warga Malaysia dari segenap pelusuk negara dijemput hadir

TAKBIR!!!!!!! .......Baca selanjutnya »

Monday, November 30, 2009

TGNA: Doa Hancurkan Najib dan UMNO

0 comments
Memang sah media telah memutarbelitkan doa TGNA terhadap Najib dan Zahid Hamidi. Ikuti clip doa sebenar yang diucapkan oleh TGNA. Sememangnya TGNA mendoakan mereka berdua ini kebaikan dengan ALLAH sekira masih ada lagi ruang kebajikan dalam hati mereka dan mendoakan ALLAH menghukum mereka seandainya tiada lagi titikkenajikan yang terbit dari hati mereka. Ini adalah salah satu cara untuk mengingatkan seluruh manusia yang beriman bahawa setiap gerak langkah kita tidak akan terlepas pandang dari ALLAH AZZAWAJALLA.
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Penyokong AMENU tak payah buat demonstrasi suruh tokguru mohon maaf. Minta saja pemimpin AMENU yang disebutkan namanya dalam doa tokguru supaya berdoa kemabli kepad ALLAH..!!!!!!
====================================================================


Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Malaysiakini
Nov 29, 09 6:37pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama .......Baca selanjutnya »

BTN Alat UMNO

0 comments
Setelah kecoh pak menteri mengatakan PR juga mendapat manfaat daripada BTN kerana beberapa pemimpin besar PR juga pernah mengikuti program ini. Mereka mempersoalkan kenapa sekarang ini baru bersuara untuk menghapuskan BTN. Inilah kenyataan yang dikeluarkan bertujuan untuk menjustifikasikan BTN masih lagi relevan.

Sedar tak sedar Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan BTN akan dirombak keran dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat


Sukatan kursus BTN akan dirombak

Malaysiakini

Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.

Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya. .......Baca selanjutnya »

Royalti Petroleum Kelantan: KuLi Sedia Hadir Program Penerangan

0 comments
Syabas kepada KuLi kerana sedia bekerjasama dengan kerajaan Kelantan untuk mendedahkan kebenaran dalam isu royalti petroleum untuk Kelantan. Semestinya Kuli merupakan pilihan yang tepat kerana beliau merupakan pengerusi PETRONAS semasa perjanjian royalti diantara kerajaan Kelantan dan PETRONAS. Marilah kita bersama-sama berdoa memanjatkan doa semoga tuntutan Kelantan untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan akan berjaya.

==================================================================




dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.

Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.

"Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan.

"Saya nak tengok supaya ini tiada kaitan dengan politik supaya ianya menyentuh kepentingan orang ramai.Kalaulah sepakat semua pihak nak adakan penjelasan secara umum, saya akan hadir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen siang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum itu ditanya berhubung keputusannya samaada akan mempengerusikan kaukus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.

Menjawab pertanyaan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu.

"Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.

Beliau turut menegaskan, isu royalti petroleum tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi ianya melibatkan rakyat.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung jemputan itu.

Tengku Razaleigh juga berkata, kaukus itu perlu melibatkan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."

Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

.......Baca selanjutnya »

UMNO kini busuk hingga keususnya-Mahathir

1 comments
Apa lagi yang boleh diperkatakan kepada Parti UMNO kalau Mahathir sendiri telah seperti hilang kepercayaan terhadap parti yang pernah ditunjangi beliau suatu masa dahulu. Nampaknya perbandingan Dr Mahathir seperti membaca novel SHIT karya Prof Shahnon Ahmad.

=================================================================

dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

.......Baca selanjutnya »

Wednesday, November 25, 2009

Yuran Persekolahan

0 comments
Seingatnya diawal penggal persekolah pada wal tahun, pak menteri telah mengumumkan tiada lagi yuran persekolahan yang perlu dibayar. Selepas itu timbul pula isu dimana sekolah telah menetapkan beberapa bayaran yang agak mengejutkan seperti bayaran tandas, peralatan sukan dan yang lain lagi. Jadi pak menteri ada mengeluarkan kenyataan kementerian tidak mempunyai kaitan dengan bayaran berkenaan, itu hanyalah daripada sekolah tersebut sahaja.

Kedengaran juga keluhan guru apabila situasi ni menimbulkan kekecohan dikalangan guru dan ibubapa. Menurut seorang guru kelas di sebuah sekolah menengah di Hulu Selangor, sekolah terpaksa mengutip bayaran disebabkan bayaran yang sepatutnya dimasukkan dalam yuran wajib kementerian telah dihapuskan. Sekolah terpaksa menampung kos operasi dan terpaksa juga pelajar membayar.

Laporan dibawah dipetik dari kitab propaganda arus perdana UTUSAN MELOYA. Setelah yuran persekolahan dihapuskan, masih ada lagi pelajar yang terpaksa belajar di sekolah tanpa buku teks kerana tidak mampu membayar "yuran persekolahan percuma". Sekolah di negara ini sepatutnya dikenali sebagai bebas yuran (fee free) bukannya tiada yuran (no fee). Nak faham lanjut cuba tengok nutrition facts di label barang di supermarket. Fahami beza antara "cholestrol free" dan "no cholestrol".



Walaubagaimana pun diakhir ceritanya sekolah juga dipersalahkan.!!!!!!!!!!!!
------------------------------------------------------------------------------------------

Hasrat ke sekolah tak kesampaian?


MAHADZIR Ahmad dan isterinya, Anita Hamzah yang hidup dalam keadaan daif merenung masa depan anak-anaknya di Kampung Tok Rasul, Sungai Badak, Kulim Kedah semalam. Turut bersama (belakang dari kiri) Mohd. Syafiq dan adiknya, Mohd. Syahrul Ramazan.


KULIM 24 Nov. - Ketika rakan sebaya menyambut cuti sekolah dengan penuh ceria, dua beradik dari Kampung Tok Rasul, Sungai Badak, Lunas dekat sini hanya mampu termenung memikirkan masa depan mereka.

Ini kerana, bagi Mohd. Syafiq Mahadzir, 11, dan Mohd. Syahrul Ramazan, 9, hajat mereka untuk menyambung pelajaran pada sesi persekolahan baru Januari ini di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SKTAM) mungkin tidak kesampaian kerana keluarga dihimpit kemiskinan.

Tambah menyedihkan, dua beradik berkenaan tidak dibekalkan buku teks menerusi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi sesi pengajian 2010 oleh pihak sekolah baru-baru ini kerana keluarga tidak mampu melangsaikan hutang yuran.

Bapa murid terbabit, Mahadzir Ahmad, 47, berkata, dua anaknya dilanda kemurungan sejak awal minggu lalu kerana mengenangkan nasib mereka yang mungkin tidak dapat belajar pada sesi depan.

"Anak-anak saya sedih kerana tak dapat buku teks untuk darjah enam dan darjah empat seperti kawan lain. Cikgu sekolah memberikan alasan bahawa mereka tak dapat buku kerana masih ada yuran tertunggak.

"Memang saya akui belum melangsaikan hutang yuran kerana saya tak mampu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah usangnya di sini semalam.

Mahadzir berkata, selain Mohd. Syafiq dan Mohd. Syahrul Ramazan, dia terpaksa menanggung kehidupan dan persekolahan lima lagi anaknya.

Katanya, anak sulungnya, Mohd. Aizat, 19, kini belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak sementara dua lagi anaknya, iaitu Siti Noratikah, 14, dan Mohd. Asyraf, 12, belajar di sekolah menengah.

"Selain itu dua anak kecil iaitu Norulsafuan, 3, dan yang bongsu Mohd. Syahrizan, 1, masih memerlukan susu. Cuma Noraizahanim, 17, tidak belajar kerana baru habis Sijil Pelajaran Malaysia," katanya.

Mahadzir yang hidup dalam keadaan daif di rumah usang lagi sempit memberitahu, dengan pendapatan bulanan kira-kira RM500 sebagai tukang kayu, dia tidak mampu untuk menanggung kos persekolahan semua anak-anaknya itu.

"Isteri saya, Anita Hamzah , 39, tidak bekerja. Kadang-kala kami mengikat perut dan berjimat-cermat untuk memastikan anak-anak dapat makan dan minum," katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud ketika mengunjungi keluarga itu berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan dari Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (Keda) untuk keluarga itu dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Serai memberitahu, selain bantuan membaiki rumah, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu, Abu Bakar Mohd. Ali ketika dihubungi menegaskan, dua beradik itu layak mendapat bantuan buku teks berdasarkan latar belakang keluarga berkenaan yang daif.

''Guru-guru tidak wajar mengenakan syarat tertentu seperti menjelaskan yuran tertangguh terlebih dahulu untuk mendapatkan buku teks. Ini bercanggah dengan dasar Kementerian Pelajaran berhubung pelaksanaan SPBT,'' katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid terbabit tidak tercicir daripada persekolahan.

.......Baca selanjutnya »

Sunday, November 22, 2009

Defensive Riding: PKM Hulu Bernam

0 comments
Bertempat di perkarangan PKM Hulu Bernam, satu acara untuk menarik golongan muda mendekati perjuangan Pakatan Rakyat telah diadakan dengan jayanya. Pada Ahad 15/11/09 ARC (Alternative Riders' Club) telah mendemonstrasikan pemanduan yang berhemat dan selamat kepda kepada pengguna motorsikal di sekitar Hulu Bernam. Tunjuk ajar diberikan oleh Saudara Hanizam yang didatangkan Khas dari Sepang.

Dalam program ini juga diadakan servis motorsikal secara percuma oleh mekanik bertauliah yang dijemput khas dan pertandingan pemanduan berhemat. Program ini telah diinisiatifkan oleh Along and the gang. Kudos kepada mereka yang telah menjayakan program ini.


Penunggang motorsikal dengan sabar menunggu giliran untuk mendapatkan servis motor percuma

video video
Bandingkan emergency brake test yang dilakukan oleh penunggang professional dengan penunggang biasa. Bukan saja moto baru, moto lama pun boleh buat juga.

video
Pertandingan emergency brake yang disertai oleh remaja sekitar Hulu Bernam


Penyampaian hadiah untuk para pemenang
.......Baca selanjutnya »

Satu Tindakan Provokasi

0 comments
Beberapa minggu yang lepas di kawasan sekitar Hulu Selangor didapati beberapa banner berbentuk provokasi dan menghina pemimpin PAS telah dinaikkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Dipercayai banner ini dinaikkan semasa PAS mengadakan Seminar Memperkasakan PAS di Taman Melewar. Banner ini telah diturunkan oleh para petugas PAS tempatan dan laporan polis dibuat keatas tindakan provokasi tersebut.




.......Baca selanjutnya »

Khidmat Masyarakat di Taman Tasik Kiambang, Serendah

2 comments
PAS kawasan Hulu Selangor telah menggerakkan ahli untuk bersama-sama membantu penduduk Taman Tasik Kiambang, Serendah yang ditimpa musibah tanah runtuh pada hari Ahad 22/11/2009. Tanah runtuh di lereng bukit yang terletak di belakang blok C apartment Seri Cempaka akibat daripada hujan lebat yang berterusan pada minggu lepas. Aliran air di kawasan tanah tinggi pada jumlah yang banyak telah menyebabkan arah aliran air turun terganggu sekali gus menyebabkan tanah runtuh.


Skuad peninjau yang tiba seawal jam 8:00pagi telah menjalankan aktiviti "search and rescue". Hasil pemantauan para peninjau ini mendapati aliran air di puncak bukit terganggu akibat perataan tanah untuk penanaman kelapa sawit. Tanah yang ditarah telah menyebab aliran air tertutup dan terganggu dan menyebabkan arah turun air melencong ke arah belakang blok C. Didapati 1 unit pada tingkat pertama blok C telah dimasuki air berserta lumpur. Dimaklumkan unit berkenaan tidak berpenghuni.

Seawal jam 8:30pagi kerja-kerja baik pulih mula dijalankan secara bergotong royong oleh ahli PAS denagn kekuatan sekitar 30 orang para sukarelawan. Langkah pertama adalah menutup laluan air turun yang menghala ke blok C dan mengalihkan arah aliran air turun dengan membuat parit yang baru. Kerja menambak laluan air ke blok C di ketuai oleh Chief Engineer Abe Din Melati dan di bantu oleh Engineer Haji Azman Gapi. Walaupun laluan air tidak dapat ditutup sepenuhnya, tapi jumlah air yang mencurah ke arah blok C telah berjaya dikurangkan dengan berkesan. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh para sukarelawan telah menyebabkan sebatang scoop patah.

Turut hadir sama dan bertungkus lumus membetulkan sistem saliran air bukit berkenaan adalah YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Abdul Wahid Basri dan Ahli Majlis Hulu Selangor, Tuan Haji Mahyuddin. YDP Majlis Daerah Hulu Selangor juga turut hadir untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Tasik Kiambang.

Sekitar jam 11:00pagi sebuah excavator telah digunakan untuk membantu memulihkan semangat para sukarelawan yang hampir-hampir keletihan. Excavator akan digunakan untuk menutup laluan air ke belakang blok C dan mengubah haluan arah air turun ke sistem perparitan yang telah tersedia di kaki bukit.



*********************************************************************************************************************

kerja-kerja awal menutup lalauan air ke belakang blok C dan membina parit untuk menyalurkan air ke sistem perparitan sedia ada di kaki bukit. Rata-rata para sukarelawan telah lama meninggalkan bidang penyangkulan, terpaksa memerah tenaga untuk mengembalikan skill yang telah berkarat. Mungkin faktor ini juga menyebabkan sebatang scoop menjadi korban, patah 2.











Setelah selesai kerja menggunakan tulang 4 kerat para sukarelawan bergambar beramai-ramai sambil menghirup nescafe O panas. Maaf... terdapat beberapa individu yang tidak dapat bersama untuk sessi ini



Excavator in action!!!!!!!!Pergh lega betul rasanya.




.......Baca selanjutnya »

Saturday, November 21, 2009

Mengapa Mereka Menangis??

0 comments


Apa yang berlegar di fikiran anda apabila melihat foto ini?.
Foto ini dipetik dari Berita Hairan Malaysia.

Dilaporkan Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun amat bersedih dengan pemecatan jawatan yang dipegang dalam peringkat tertinggi MCA.
Soalan: Kenapa mereka terlalu bersedih sehingga sanggup menangis dihadapan kamera?
Teringat peristiwa suatu masa dahulu dalam mesyuarat agong parti melayu terbesar malaysia (mungkin dunia???) nakhoda kapal menangis tersesak-esak mengumumkan perletakan jawatan. Adakah mempunyai persamaan yang kebetulan???? Bersama-samalah kita mencari jawapan. .......Baca selanjutnya »

JUDI HARAM DISISI ISLAM

1 comments

THE STAR 19 Nov 2009 melaporkan perbahasan di Dewan Rakyat didalam salah satu column di muka surat N26, jumlah cabutan nombor ekor terlalu banyak (too many draws). Perkara ini dibangkitkan oleh salah seorang MP Pakatan Rakyat kepada Menteri Kewangan, Awang Adek Husein.

Mengulas mengenai jumlah cabutan undi nombor ekor terdapat sebanyak 72 special draws sepanjang tahun selain daripada cabutan biasa 3 kali seminggu. Daripada data yang diberikan diatas nampaknya negara kita memang meriah dengan cabutan nombor ekor. Manakala pendapatan negara hasil judi no ekor ini sahaja melebihi RM2000,000,000 (2bilion). Pecahan yang diberikan seperti berikut:

RM949.8mil : Genting

RM509.74mil : Sports Toto

RM396.5mil : Magnum

RM270.76mil : Pan Malaysian Pool

RM138mil : Pan Malaysian Racing


Tidak hairanlah berpusu-pusu rakyat Malaysia tidak kira yang muslim atau pun non muslim yang memperjudikan nasib dengan nombor ekor. Mungkin mengikut perkiraan ”probability theory” (subjek matematik tambahan tingkatan 4 tahun 90’an) mereka, semakin banyak cabutan, semakin tinggi peluang untuk menang. Mungkin mereka cuba membuktikan teori kebarangkalian ini adalah benar dari konsep sainsnya.

Bagi umat islam walaupun judi adalah HARAM (agama lain juga tidak menghalalkan judi) masih ada lagi yang tanpa segan silu dan rasa bersalah membeli nombor ekor. Mungkin bertujuan semata-mata untuk menguji teori kebarangkalian yang telah disebutkan diatas. Harus diingat, masih ada satu lagi bab iaitu penakkkulan mantik (matematik moden tingkatan 4 sukatan pelajaran tahun 90’an) yang perlu dieksperimentasikan.


Kenyataan 1: Orang Islam diharamkan berjudi

Kenyataan 2: Saya orang Islam

Kesimpulan: Saya diharamkan berjudi

Dan

Kenyataan 1: Melakukan perkara yang diharamkan Islam dibalas dosa

Kenyataan 2: Berjudi nombor ekor merupakan perkara yang diharamkan Islam

Kesimpulan: Berjudi nombor ekor dibalas dosa


Menteri Kewangan menjelaskan special draws telah dimulakan pada tahun 1998 sebagai langkah untuk kerajaan mengumpulkan dana bagi membantu petani yang terjejas oleh serangan wabak penyakit terhadap tanaman mereka. Apakah justifikasi seperti ini membolehkan/membenarkan aktiviti perjudian berlesen disebarluaskan untuk kerajaan mengumpul dana? Apakah sehingga sekarang para petani masih lagi terjejas dengan serangan wabak penyakit. Apakah sehingga sekarang bantuan kepada petani berasaskan sumber judi? Apakah kerajaan tidak pernah terdetik untuk menggunkaan alternatif lain? Adakah...? Adakah....Adakah?????

Wallahua’alam

.......Baca selanjutnya »

Friday, November 20, 2009

FORUM HAJI

0 comments
Sempena dengan musim haji sebuah syarikat korporat berpangkalan di Rawang telah menjemput Ust Azman Shafawi untuk menganggotai panel forum "IBADAH HAJI" pada petang 18 NOV 2009. Disini suka saya petik diantara point yang diutarakan oleh ustaz.

Antara lain Ustaz Azman Shafawi ada menyebut satu hadis Rasulullah yang menceritakan kehadiran hari kiamat. Salah satu tanda-tanda kemunculan kiamat adalah akan tiba masanya dimana waktu siang akan menjadi lebih panjang daripada malam, kemudiannya waktu malam pula akan menjadi lebih panjang daripada siang. Ini akan diikuti dengan 40 hari siang dan 40 hari malam. Akhirnya akan diikuti dengan matahari akan terbit disebelah barat. Apabila terbitnya matahari disebelah barat, maka manusia mula berpusu-pusu untuk melakukan amal soleh. Tapi malangnya dikala itu segala amalan tidak lagi diterima oleh ALLAH AZZAWJALLA.

Apa yang cuba dikaitkan disini, ustaz ada menerangkan kajian daripada para saintis, dunia sekarang menghadapi cuaca atau iklim dunia yang tidak menentu. Ketidak tentuan ini akan menyebabkan dalam satu jangkamasa nanti bumi akan menghadapi situasi dimana tempoh waktu siang dan malam akan mempunyai perbezaan. Ini dapat dikaitkan dengan tanda-tanda kiamat seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada secubit ilmu diatas dan sentiasa istiqomah untuk melakukan amal soleh.. Insyaallah .......Baca selanjutnya »

TGNA disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

0 comments
Masyarakat dunia ISLAM telah melihat TGNA sebagai satu ikon dalam pembentukan perjuangan ISLAM. Ini merupakan satu pengiktirafan secara langsung kepada jamaah PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS). Semoga PAS akan terus bergerak untuk memperjuangkan dasar ISLAM.......
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.


.......Baca selanjutnya »

Tuesday, November 17, 2009

LIM KIT SIANG: 19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang

0 comments
dipetik dari Harakahdaily

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

.......Baca selanjutnya »

Monday, November 16, 2009

Alangkah baiknya yang jauh, baru, kesemuanya

0 comments
Petikan daripada kuliah Ust Ahmad Ali mantan pensyarah Universiti Brunei, ahli panel syariah HPA yang diadakan pada hari khamis 12/11/09 bertempat di Msjid Nurul Iman, Serendah:

Diriwayatkan pada zaman Rasulullah, seorang sahabat sedang menghadapi sakaratulmaut. Sedang beliau berada dalam saat-saat terakhir beliau sentiasa mengulangi:

  1. Alangkah baiknya yang jauh
  2. Alangkah baiknya yang baru
  3. Alangkah baiknya kesemuanya

Para sahabat agak gusar dan masing-masing tertanya-tanya apakah yang dibicarakan oleh sahabat berkenaan. Semua sahabat yang berada disitu tidak faham apakah yang diucapkan itu. Apakah ini bala yang menimpa sahabat, sedangkan sahabat ini adalah yang terbukti dengan sifat-sifat terpuji. Kemudian para sahabat bersepakat untuk memaklumkan kepada Rasulullah mengenai peristiwa itu.

Setelah diceritakan kepada Rasulullah, baginda memberitahu dengan tenang apakah maksudnya itu.

Semasa menghadapi malaikat maut, Allah telah membuka hijab beliau sehingga menampakkan ganjaran untuk amalan kebaikan yang telah dikerjakan.

Yang pertama, dalam perjalanan ke masjid beliau terserempak dengan sibuta yang meraba-raba untuk ke masjid. Setelah hampir dengan masjid sahabat ini membantu/memimpin orang buta berkenaan sehingga sampai ke masjid.

Yang kedua, pada musim sejuk sahabat ini terjumpa dengan seorang miskin yang menggigil dalam kesejukan. Pada masa itu sahabat ini memakai beberapa lapis baju untuk mengelakkan kesejukan. Kerana kasihan dengan keadaan si miskin tadi beliau membantu dengan memberikan salah satu daripada baju yang beliau pakai. Baju yang pertama masih baru, beliau simpan dan memberikan baju lain yang agak lama dan lusuh kepada si miskin.

Yang ketiga, pada suatu malam setelah balik dari berdakwah beliau bertanyakan kepada si isteri apakah rezeki yang ada pada malam ini. Isterinya memberitahu hanya ada sebuku roti sahaja. Semasa beliau hendak mula menikmati makan malam tersebut kedengaran pintu rumahnya diketuk orang. Sahabat ini terus membuka pintu dan didapati seorang yang dalam keadaan lemal longlai di hadapan rumahnya. Orang itu meminta sedikit makanan kerana telah 3 hari tidak menjamah rezeki. Dengan hati yang tenang dan penuh ikhlas sahabat tadi memberikan separuh daripada roti tersebut kepada orang yang kelaparan tadi.


Ternyata ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambanya yang membuat kebajikan adalah terlalu besar. Sahabat tadi merasa terlalu rugi dengan 3 amalan yang telah dilakukan. Sesungguhnya sahabat tadi mengidam untuk memimpin orang buta semasa perjalanan ke masjid masioh lagi jauh, memberikan pakaian/baju yang baru kepada si miskin yang menggigil kesejukan dan memberikan sebuku roti kepada orang yang kelaparan.




.......Baca selanjutnya »

Tindakan Speaker DUN Kedah memang tepat

0 comments
dipetik dari Malaysiakini
DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong
Nov 16, 09 6:32pm
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.

azlanAbdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

DUN Kedah akan bersidang esok untuk meluluskan bajet kerajaan PAS negeri itu.

Abu Hassan boleh memfailkan rayuan. Permohonan lisannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mahkamah itu tidak dibenarkan hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar permohonan formalnya Jumaat ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Abu Hassan mendapat 8,160 undi manakala Ismail mendapat 7,665 undi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dengan ini kita akan menghadapi PRK ke 10 pada penggal ini. Ternyata tindakan TPM mengarahkan ADUN BN Kota Seputeh menghadiri dewan adalah satu tindakan yang membuta tuli. Insyaallah perjuangan akan diteruskan.
.......Baca selanjutnya »

Sunday, November 15, 2009

Seminar Memperkasakan PAS

0 comments
Pada hari sabtu 7 NOV, PAS telah menganjurkan satu seminar khas untuk membincangkan persoalan yang berkisar untuk memperteguhkan PAS. Isu kepimpinan PAS mulai diperdengarkan dengan kuat setelah ulasan atau pandangan Prof Dr Aziz Bari disiarkan didalam harakahdaily dan sebaran melalui media baru. Dalam perjalanan ke Taman Melewar, penulis dan sahabat mendapati telah ada banner provokasi yang telah dinaikkan oleh pihak tertentu untuk menghentam PAS dan juga mencemuh penyatuan Pakatan Rakyat. KAmi membuat keputusan untuk menurunkan banner berkenaan.

Akibat daripada itu masyarakat mula melontarkan pandangan masing-masing yang tidak dinafikan menyokong pandangan prof dan juga menentang pandangan tersebut. Dengan ini untuk mengeruhkan pandangan luar terhadap PAS, pimpinan tertinggi PAS telah memutuskan untuk menjemput Prof Dr Aziz Bari, Pensyarah di UIA dan Dr Abu Hassan Hasbullah, Pengarah dan Pengasas Zentrum Future Studies untuk membentangkan kertas kerja masing-masing.

Penulis berpandangan seminar ini akan disajikan dengan fakta-fakta ataupun scientific figures untuk didedahkan kepada peserta seminar daipada kedua-dua panel jemputan ini. Sekalung tahniah kepada Dr Abu Hassan keran mempunyai scientific data berkaitan dengan survey yang telah dilakukan tehadap terhadap sample di seluruh malaysia berkaitan pandangan dan pencapaian PAS di mata masyarakat malaysia pre PRU12 dan pasca PRU12. Penulis menjangkakan ada diantara peserat yang akan menyuarakan bantahan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Dr Aziz Bari dan ini ternyata benar.

Dalam suasana yang condusive, konklusi daripada Pengarah Zentrum Future Studies telah membuka mata peserta. Diringkaskan:
"Pada abad ke-21 persepsi mesti diterima sebagai informasi"
Penggulungan yang bersemangat dari Dr Abu Hassan, penulis percaya telah memulihkan semula semangat peserta untuk berjuang bersama-sama dengan PAS mendepani cabaran abad ke-21 yang ternyata memerlukan pendekatan baru, bukan lagi conventional approach seumpama abad ke-17"








Disebabkan tidak mempunyai pas masuk, kami hanya menjadi pemerhati di kawasan luar yang telah disediakan
.......Baca selanjutnya »

Serangan spyware

0 comments
Salam..............
Setelah sekian lama blog ini terdiamkan diri kerana komputer telah terkena serangan spyware. segala address google telah didirectkan ke satu IP address yang ntah ape-ape menyebabkan lokasi sebenar tidak dapat dijumpai.

Kesukaran untul login, setiap kali di login arahan akan didivertkan ke fake IP menyebabkan connection time out. Terima kasih kepada S&D spybot kerana telah mengesan file host yang mempunyai arahan untuk mengalihkan access ke laman google. Walaubagaimanapun Search&Destrop spyware tak dapat overwrite arahan berkenaan, hanya mampu memberitahu user there is something fishy about the hosts file. Buat masa ni host file telah didelete secara manual, dan access ke blog ini telah kembali pulih untuk sementara.

Insyaallah usaha akan diteruskan untuk menghapusakn spyware yang bermain-main didalam local disk ini.

Harap maklum .......Baca selanjutnya »

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Hari Raya PAS Kawasan Hulu Selangor

1 comments
Bertempat di Dewan Orang Ramai Sungai Selisik, PAS Kawasan Hulu Selangor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya 1430H paad 17/10/09. Majlis bermula pada jam 3pm sehingga 5pm. Sambutan dari pelbagai golongan, agama dan bangsa amat memberangsang, sekaligus merangsang semangat tenaga kerja PAS untuk bekerja dengan lebih gigih.


Petugas bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk tetamu


Khemah untuk muslimin di luar dewan


Ucapan alu-aluan daripada Haji Abdul Shukor

.......Baca selanjutnya »