Seandainya pentadbiran PR di Selangor, Pulau Pinang (tidak perlu mengambil ukuran dengan Kelantan) di jadikan batu timbangan dengan BN yang telah lebih 50 tahun memerintah negara, nescaya nisbah kebaikan dan kemakmuran untuk rakyat marhaein tidak terbanding.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pembangkang cuba runtuhkan negara
Utusan MelayuIPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara.
''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi.
''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan.
Semasa pengundian tersebut, Bajet 2010 diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ekoran insiden tersebut, rakyat kini perlu bersikap kritikal terhadap pembangkang yang mahu mencari keuntungan politik tanpa mengira kesannya terhadap negara.
''Jangan apa kerajaan buat sedikit pun, kita kata kerajaan tidak betul tetapi apabila pembangkang buat, semua okay.
''Ini bukan soal kecil tetapi lagi besar daripada perang kerana kalau perang dunia, negara ada belanjawan tetapi kalau tidak ada belanjawan, hancur terus negara," katanya.
Ditanya mengenai usaha pembangkang menghasut rakyat untuk menggagalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) beliau berkata, rakyat perlu faham ia merupakan antara perubahan yang dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan negara.
Katanya, semua 143 negara maju di dunia mengamalkan GST manakala di Asia Tenggara, hanya Brunei dan Myanmar selain Malaysia yang tidak melaksanakan sistem tersebut.
''Tetapi Brunei tidak ada sistem cukai. Maknanya, hanya dua negara iaitu Malaysia dan Myanmar. Adakah kita hendak letak negara kita dalam kategori negara Myanmar atau bergerak ke hadapan dalam kelompok negara maju," katanya.
No comments:
Post a Comment