ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Thursday, January 14, 2010

JUARA RAKYAT

Sepanjang mingggu lepas dihebohkan dengan program UMNO JUARA RAKYAT. Kebetulan barangkali pelancaran program ini dipilih di kawasan Hulu Selangor. Riuh rendah sekitar bukit sentosa dengan makcik-makcik bert-shirt merah dan pemudi berbaju pink.

Riuh satu negara dengan pengumuman juragan kapal yang hampir-hampir karam dengan peruntukan sebanyak RM15.6juta untuk membaiki bumbung bangunan yang rosak. Sekali imbas dari peringkat awal lagi agak musykil sebuah flat dibina dengan berbumbungkan asbestos ibarat sebuah rumah. Spesifikasi ini diluluskan???? Walaubagaimanapun itu bukanlah persoalan utama. Yang menjadi tajuk perbincangan dari manakah sumber rm15.6juta diperolehi?

Adakah dari kantung UMNO?
Adakah dari kantung kerajaan?
Mengapa agensi kerajaan digunakan dengan melantik salah seorang pegawai kanan kerajaan untuk melaksanakan bantuan ini?

Sekiranya duit ini datang dari kerajaan, maka amatlah tidak wajar UMNO menggunakan namanya. Hak duit kerajaan adalah hak rakyat, bukan hak sesetangah parti. Rakyat malaysia bayar cukai untuk kerajaan. Rakyat Malaysia ini bukan hanya ahli UMNO, malahan tidak keterlaluan barangkali lebih ramai ahli atau penyokong PR yang membayar cukai berbanding dengan UMNO...

Sememangnya UMNO sudah sebati dengan menyelewengkan fakta, kerajaan adalah UMNO dan UMNO adalah kerajaan. Inilah ideologi yang sentiasa diserapkan kepada pakcik makcik dikampung dan rakyat marhaein apabila peruntukan atau bantuan disalurkan. Ini melayakkan UMNO dilabelkan sebagai parti celaka.

Semoga UMNO menemui kehancuran.
Amin!!!!!!

No comments:

Post a Comment