ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Monday, November 30, 2009

Royalti Petroleum Kelantan: KuLi Sedia Hadir Program Penerangan

0 comments
Syabas kepada KuLi kerana sedia bekerjasama dengan kerajaan Kelantan untuk mendedahkan kebenaran dalam isu royalti petroleum untuk Kelantan. Semestinya Kuli merupakan pilihan yang tepat kerana beliau merupakan pengerusi PETRONAS semasa perjanjian royalti diantara kerajaan Kelantan dan PETRONAS. Marilah kita bersama-sama berdoa memanjatkan doa semoga tuntutan Kelantan untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan akan berjaya.

==================================================================




dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.

Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.

"Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan.

"Saya nak tengok supaya ini tiada kaitan dengan politik supaya ianya menyentuh kepentingan orang ramai.Kalaulah sepakat semua pihak nak adakan penjelasan secara umum, saya akan hadir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen siang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum itu ditanya berhubung keputusannya samaada akan mempengerusikan kaukus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.

Menjawab pertanyaan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu.

"Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.

Beliau turut menegaskan, isu royalti petroleum tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi ianya melibatkan rakyat.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung jemputan itu.

Tengku Razaleigh juga berkata, kaukus itu perlu melibatkan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."

Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

.......Baca selanjutnya »

UMNO kini busuk hingga keususnya-Mahathir

0 comments
Apa lagi yang boleh diperkatakan kepada Parti UMNO kalau Mahathir sendiri telah seperti hilang kepercayaan terhadap parti yang pernah ditunjangi beliau suatu masa dahulu. Nampaknya perbandingan Dr Mahathir seperti membaca novel SHIT karya Prof Shahnon Ahmad.

=================================================================

dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

.......Baca selanjutnya »

Wednesday, November 25, 2009

Yuran Persekolahan

0 comments
Seingatnya diawal penggal persekolah pada wal tahun, pak menteri telah mengumumkan tiada lagi yuran persekolahan yang perlu dibayar. Selepas itu timbul pula isu dimana sekolah telah menetapkan beberapa bayaran yang agak mengejutkan seperti bayaran tandas, peralatan sukan dan yang lain lagi. Jadi pak menteri ada mengeluarkan kenyataan kementerian tidak mempunyai kaitan dengan bayaran berkenaan, itu hanyalah daripada sekolah tersebut sahaja.

Kedengaran juga keluhan guru apabila situasi ni menimbulkan kekecohan dikalangan guru dan ibubapa. Menurut seorang guru kelas di sebuah sekolah menengah di Hulu Selangor, sekolah terpaksa mengutip bayaran disebabkan bayaran yang sepatutnya dimasukkan dalam yuran wajib kementerian telah dihapuskan. Sekolah terpaksa menampung kos operasi dan terpaksa juga pelajar membayar.

Laporan dibawah dipetik dari kitab propaganda arus perdana UTUSAN MELOYA. Setelah yuran persekolahan dihapuskan, masih ada lagi pelajar yang terpaksa belajar di sekolah tanpa buku teks kerana tidak mampu membayar "yuran persekolahan percuma". Sekolah di negara ini sepatutnya dikenali sebagai bebas yuran (fee free) bukannya tiada yuran (no fee). Nak faham lanjut cuba tengok nutrition facts di label barang di supermarket. Fahami beza antara "cholestrol free" dan "no cholestrol".



Walaubagaimana pun diakhir ceritanya sekolah juga dipersalahkan.!!!!!!!!!!!!
------------------------------------------------------------------------------------------

Hasrat ke sekolah tak kesampaian?


MAHADZIR Ahmad dan isterinya, Anita Hamzah yang hidup dalam keadaan daif merenung masa depan anak-anaknya di Kampung Tok Rasul, Sungai Badak, Kulim Kedah semalam. Turut bersama (belakang dari kiri) Mohd. Syafiq dan adiknya, Mohd. Syahrul Ramazan.


KULIM 24 Nov. - Ketika rakan sebaya menyambut cuti sekolah dengan penuh ceria, dua beradik dari Kampung Tok Rasul, Sungai Badak, Lunas dekat sini hanya mampu termenung memikirkan masa depan mereka.

Ini kerana, bagi Mohd. Syafiq Mahadzir, 11, dan Mohd. Syahrul Ramazan, 9, hajat mereka untuk menyambung pelajaran pada sesi persekolahan baru Januari ini di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SKTAM) mungkin tidak kesampaian kerana keluarga dihimpit kemiskinan.

Tambah menyedihkan, dua beradik berkenaan tidak dibekalkan buku teks menerusi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi sesi pengajian 2010 oleh pihak sekolah baru-baru ini kerana keluarga tidak mampu melangsaikan hutang yuran.

Bapa murid terbabit, Mahadzir Ahmad, 47, berkata, dua anaknya dilanda kemurungan sejak awal minggu lalu kerana mengenangkan nasib mereka yang mungkin tidak dapat belajar pada sesi depan.

"Anak-anak saya sedih kerana tak dapat buku teks untuk darjah enam dan darjah empat seperti kawan lain. Cikgu sekolah memberikan alasan bahawa mereka tak dapat buku kerana masih ada yuran tertunggak.

"Memang saya akui belum melangsaikan hutang yuran kerana saya tak mampu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah usangnya di sini semalam.

Mahadzir berkata, selain Mohd. Syafiq dan Mohd. Syahrul Ramazan, dia terpaksa menanggung kehidupan dan persekolahan lima lagi anaknya.

Katanya, anak sulungnya, Mohd. Aizat, 19, kini belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak sementara dua lagi anaknya, iaitu Siti Noratikah, 14, dan Mohd. Asyraf, 12, belajar di sekolah menengah.

"Selain itu dua anak kecil iaitu Norulsafuan, 3, dan yang bongsu Mohd. Syahrizan, 1, masih memerlukan susu. Cuma Noraizahanim, 17, tidak belajar kerana baru habis Sijil Pelajaran Malaysia," katanya.

Mahadzir yang hidup dalam keadaan daif di rumah usang lagi sempit memberitahu, dengan pendapatan bulanan kira-kira RM500 sebagai tukang kayu, dia tidak mampu untuk menanggung kos persekolahan semua anak-anaknya itu.

"Isteri saya, Anita Hamzah , 39, tidak bekerja. Kadang-kala kami mengikat perut dan berjimat-cermat untuk memastikan anak-anak dapat makan dan minum," katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud ketika mengunjungi keluarga itu berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan dari Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (Keda) untuk keluarga itu dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Serai memberitahu, selain bantuan membaiki rumah, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu, Abu Bakar Mohd. Ali ketika dihubungi menegaskan, dua beradik itu layak mendapat bantuan buku teks berdasarkan latar belakang keluarga berkenaan yang daif.

''Guru-guru tidak wajar mengenakan syarat tertentu seperti menjelaskan yuran tertangguh terlebih dahulu untuk mendapatkan buku teks. Ini bercanggah dengan dasar Kementerian Pelajaran berhubung pelaksanaan SPBT,'' katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid terbabit tidak tercicir daripada persekolahan.

.......Baca selanjutnya »

Sunday, November 22, 2009

Defensive Riding: PKM Hulu Bernam

0 comments
Bertempat di perkarangan PKM Hulu Bernam, satu acara untuk menarik golongan muda mendekati perjuangan Pakatan Rakyat telah diadakan dengan jayanya. Pada Ahad 15/11/09 ARC (Alternative Riders' Club) telah mendemonstrasikan pemanduan yang berhemat dan selamat kepda kepada pengguna motorsikal di sekitar Hulu Bernam. Tunjuk ajar diberikan oleh Saudara Hanizam yang didatangkan Khas dari Sepang.

Dalam program ini juga diadakan servis motorsikal secara percuma oleh mekanik bertauliah yang dijemput khas dan pertandingan pemanduan berhemat. Program ini telah diinisiatifkan oleh Along and the gang. Kudos kepada mereka yang telah menjayakan program ini.


Penunggang motorsikal dengan sabar menunggu giliran untuk mendapatkan servis motor percuma


Bandingkan emergency brake test yang dilakukan oleh penunggang professional dengan penunggang biasa. Bukan saja moto baru, moto lama pun boleh buat juga.


Pertandingan emergency brake yang disertai oleh remaja sekitar Hulu Bernam


Penyampaian hadiah untuk para pemenang
.......Baca selanjutnya »

Satu Tindakan Provokasi

0 comments
Beberapa minggu yang lepas di kawasan sekitar Hulu Selangor didapati beberapa banner berbentuk provokasi dan menghina pemimpin PAS telah dinaikkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Dipercayai banner ini dinaikkan semasa PAS mengadakan Seminar Memperkasakan PAS di Taman Melewar. Banner ini telah diturunkan oleh para petugas PAS tempatan dan laporan polis dibuat keatas tindakan provokasi tersebut.




.......Baca selanjutnya »