Adakah dengan pemberian air percuma 20m padu setelah 2 tahun mentadbir Selangor?
Adakah dengan menghalang kenaikan tarif air oleh SYABAS sebanyak 37% adalah menghancurkan harapan rakyat?
Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara. Ni taraf lawak version Jangan Ketawa (tahun bile????). Kalau bukan ketua cawangan AMNO, ketua bahagian AMENO yang kaya raya, angkut projek sana sini rakyat mana lagi?. Sanggup bermati-matian mempertahankan jawatan?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis. "Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini.
Najib berkata, kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.
"Janganlah mengambil risiko (menyokong Pakatan Rakyat) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.
Najib berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.
Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. .......Baca selanjutnya »
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli
Kedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis. 
Tambahnya, maklumat berkenaan penganjuran perhimpunan berkenaan yang diperolehi daripada laman blog dan laporan media menyatakan, salah satu perhimpunan berkenaan diadakan bagi membantah pengurusan air Selangor.









Ketua penerangan dewan itu Fadhil Osman berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.
"Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. 
Gaps menjangkakan 2,000 penyokong mereka akan turut serta manakala kerajaan Selangor pula mensasarkan 20,000 orang akan terlibat menyokong perhimpunan yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Tetapi jika tidak dibenarkan, kami akan cuba berunding dengan mereka syarat-syaratnya supaya tidak melanggar undang-undang," katanya.
"Mereka akan kawal keselamatan semua, bukan hanya menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, bagi menangani provokasi daripada luar dan dalam," katanya kepada Malaysiakini.