ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Tuesday, September 7, 2010

Qiamullail Pemuda PAS Hulu Selangor 2010

0 comments
Alhamdulillah..
Dengan kekuatan lebih 8 orang AJK Dewan Pemuda Kawasan dan lebih 15 orang pemuda ahli PAS daripada sekitar dan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik.


Aktiviti bermula pada petang Sabtu 4 September dengan sesi Iftar@Buka Puasa bertempat di Surau Al-Hidayah, SKC Jaya di Hulu Selangor...


Sedikit Coretan dan Rakaman peristiwa untuk tatapan semua...
sunsnake 07092010

Makan Nasi pulak selepas Solat Maghrib...

Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Muda PAS..
UMNO pantang kalau dengar pasal perkataan Tazkirah ni!

Unit Amal!! tetap Setia Sedia berkhidmat!


Bersalam-salam selepas selesai Solat Sunat Tarawih..
Sedikit Ucapan daripada Tuan Imam SKC

Pehhh!! Macam ada Pilihanraya lakk!! Gantung bendera!!!! Takbir!!!

Tidur time!! Dapur Surau pun dah macam hotel 4 bintang kalau dah ngantuk sangat!!
Tidur untuk layak Tahajud saja syeikkhh!!! jangan lajak tido!!

Sahur.. selepas Qiamullail...




Semangat betul bakal-bakal pejuang muda Islam ni.. InsyaAllah...




Tazkirah disampaikan seorang lagi Ustaz muda PAS..
.......Baca selanjutnya »

Sunday, August 29, 2010

Ada Apa Bukan Islam Masuk Surau?

0 comments
Sekali lagi isu kehadiran bukan islam di surau terus dipolitikkan oleh golongan yang tidak faham agama. Bertindak kononnya merekalah yang menjaga kesucian islam. ada yang mempersoalkan kenapa wanita muda cina itu tidak memakai tudung ketika berada didalam masjid. Yang lagi parah isterinya sendiri pula pun tidak pakai tudung samada didalam atau diluar masjid. Kalau ada pun sekadar diletakkan kain atas kepala dengan separuh rambut tertonjol keluar.... adakah ini syariat islam???






Nik Aziz: Jahil agama punca polemik 
Malaysiakini
Ogos 29, 10 8:29am

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.


Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.
.......Baca selanjutnya »

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1431H

0 comments
Daripada seluruh warga kerja DPP Hulu Selangor, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1431H kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Insyaallah jadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita menjadi muslim yang bertaqwa. Insyaallah...................

.......Baca selanjutnya »

Thursday, August 5, 2010

0 comments

Mahkamah: Kamalanathan MP Hulu S'gor yang sah
Malaysiakini
Ogos 5, 10
10:54am
Mahkamah Pilihan Raya hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.
Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.
Petisyen terhadap Kamalanathan difailkan di bawah Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.




Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.
Mengulas keputusan itu, Kamalanathan berkata beliau bersyukur kepada Tuhan kerana mahkamah telah memutuskannya sebagai ahli parlimen yang sah.

"Saya P Kamalanathan, dan saya adalah MP bagi Hulu Selangor," katanya, sambil berikrar akan bekhidmat dengan gigih di kerusi parlimen yang diwakilinya.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohd Hafarizam Harun, penghakiman hari ini membuktikan bantuan kepada sekolah dan RM160,000 kepada peneroka Felda bukan rasuah tetapi sebagai pembangunan di kawasan berkenaan.

Peguam Azhar Azizan Harun yang mewakili Zaid berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.

Katanya, beliau juga mempunyai senarai nama-nama penerima rasuah berkenaan tetapi berpendapat untuk mendedahkannya apabila perkara itu dibawa ke perbicaraan sepenuhnya.
.......Baca selanjutnya »

Wednesday, August 4, 2010

Ada Asas Untuk SPRM Siasat Pembelian Tren: PAC

0 comments
azlanJawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah berkira-kira untuk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian 38unit tren Keretapi Tanah Melayu dari Cina secara runding terus yang bernilai RM1.824billion. Melalui proses ini PAC menganggarkan kerajaan telah kehilangan RM500juta atau dalam kata lain setengah billion ringgit. Persoalan disini kemanakah mengalirnya lebihan setengah billion ringgit itu. Kepada petani, nelayan, buruh, cikgu, pekerja kerajaan, pekerja swasta?




Tren elektrik: PAC minta SPRM siasat, kata Dr Dzul
Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 10
5:48pm

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memaklumkan kepadanya bahawa PAC telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat laporan pembelian tren elektrik oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Azmi Khalid melalui sepucuk surat bertarikh 29 Julai lalu yang dihantar kepadanya.
"Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ia wajar disiasat oleh SPRM kerana kerajaan akan mengalami bayaran perolehan lebih tinggi dari harga asal lebih kurang RM500 juta," katanya.

Sebelum ini, kata Dr Dzulkefly, beliau menyerahkan laporanmendakwa kerajaan akan mengalami kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) enam gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion.

Dalam laporan itu, beliau yang juga ahli parlimen PAS Kuala Selangor itu mendakwa bahawa harga tersebut lebih mahal daripada harga tender asal.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, Azmi menghantar surat tersebut kepadanya dua hari selepas PAC bermesyuarat membincangkan perkara itu pada 27 Julai lalu.

Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ianya perlu disiasat oleh SPRM, katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu.

Dr Dzulkefly berkata, beliau akan "menyusuli tekanan" terhadap SPRM demi menjaga kepentingan rakyat dan pembayar cukai.
.......Baca selanjutnya »