ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Wednesday, August 4, 2010

Ada Asas Untuk SPRM Siasat Pembelian Tren: PAC

azlanJawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah berkira-kira untuk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian 38unit tren Keretapi Tanah Melayu dari Cina secara runding terus yang bernilai RM1.824billion. Melalui proses ini PAC menganggarkan kerajaan telah kehilangan RM500juta atau dalam kata lain setengah billion ringgit. Persoalan disini kemanakah mengalirnya lebihan setengah billion ringgit itu. Kepada petani, nelayan, buruh, cikgu, pekerja kerajaan, pekerja swasta?




Tren elektrik: PAC minta SPRM siasat, kata Dr Dzul
Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 10
5:48pm

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memaklumkan kepadanya bahawa PAC telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat laporan pembelian tren elektrik oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Azmi Khalid melalui sepucuk surat bertarikh 29 Julai lalu yang dihantar kepadanya.
"Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ia wajar disiasat oleh SPRM kerana kerajaan akan mengalami bayaran perolehan lebih tinggi dari harga asal lebih kurang RM500 juta," katanya.

Sebelum ini, kata Dr Dzulkefly, beliau menyerahkan laporanmendakwa kerajaan akan mengalami kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) enam gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion.

Dalam laporan itu, beliau yang juga ahli parlimen PAS Kuala Selangor itu mendakwa bahawa harga tersebut lebih mahal daripada harga tender asal.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, Azmi menghantar surat tersebut kepadanya dua hari selepas PAC bermesyuarat membincangkan perkara itu pada 27 Julai lalu.

Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ianya perlu disiasat oleh SPRM, katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu.

Dr Dzulkefly berkata, beliau akan "menyusuli tekanan" terhadap SPRM demi menjaga kepentingan rakyat dan pembayar cukai.

No comments:

Post a Comment