Saya mewakili DPPKHS mengucapkan jzkk kepada semua pejuang Islam yang telah bersatu menyumbangkan tenaga, wang ringgit, idea, harta benda dan segalanya untuk PRK N31 Bagan Pinang. Walaupun keputusan kali ni tidak berpihak kepada kita, sesungguhnya pejuang ISLAM tidak pernah kalah. Yakinlah dengan janji ALLAH bahawa suatu masa nanti kemenangan akan berpihak kepada ISLAM.
Kemenangan Isa Samad bukan bererti rakyat menerima pemimpin rasuah dan menolak ISLAM tetapi kemengan BN kali ini sesungguhnya memberikan satu senario yang baru kepada BN di Negeri Sembilan. Kumpulan Isa Samad telah berjaya mendapat kuasa untuk menggugat kedudukan menteri besar sekarang, juga puak KJ yang cuba menonjolkan pengaruh. Jadi BN N9 kali ni mungkin terbelah kepada 3 pengaruh yang cuba untuk mendapatkan kuasa secara total bagi pihak masing-masing. Mungkin selepas ini kita akan saksikan senario yang belum pernah berlaku atau kita saksikan sebelumnya.
Pernah semasa UMNO N9 mengemukan calon untuk N31, TPM Muhyiddin bersuara supaya lebih banyak nama calon disenaraikan sedangkan pada masa itu hanya nama Isa yang cuba ditonjolkan.
TAKBIR!!!!!!!!!!
Bersama DPPNS di ladang Bradwall sepanjang masa berkempen
Di Ladang Siliau untuk ceramah pimpinan PR dan aktiviti servis motor percuma bersama ARC (Alternative Riding Club) untuk penduduk sekitar.
No comments:
Post a Comment