ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Sunday, October 4, 2009

BAGAN PINANG: Penamaan Calon

Seperti yang telah dijanjikan didalam posting Pelancaran Jentera Pemuda PR Bagan Pinang, kami DPP Hulu Selangor akan kembali ke Bagan Pinang pada hari penamaan calon dan tempoh berkempen. Bagi menyemarakkan lagi bahang PRK N31 DPP Hulu Selangor telah mengutuskan anggota pemuda ke Bagan Pinang pada 3 Oktober 09. Seramai hampir 20 orang telah bergerak ke Port Dickson pada tengah malam 2/10 dan awal pagi 3/10.

Kami yang sampai agak lewat di Port Dickson. Seperti kelaziman PRK yang lain kelewatan bermaksud kesesakan jalanraya yang teruk. Kami mengambil keputusan untuk meletakkan kereta berhampiran Masjid Batu 4. Kami meneruskan haluan dengan berjalan kaki mengikut aliran penyokong PAs yang lain. Kebanyakan dari kami sebenarnya tidak mengetahui jarak sebenar dari masjid ke Dewan MPPD. Tua muda dengan penuh semangat melangkah. Ada yang kaki gout pun dengan penuh semangat meneruskan langkah. Sampai satu tahap ada seorang pakcik dah tak lalu berjalan. Kami tumpangkan dengan kebetulan satu kereta yang masih mempunyai tempat duduk menuju ke pusat penamaan calon. Rerupanya kami telah berjalan sekitar 3 batu; masjid di batu 4 dan pusat penamaan di batu 1. Pada pagi sebelum penamaan bermula, bumi PD dibasahi hujan rahmat yang menyebabkan ramai penyokong PR yang basah kuyup.

Daripada maklumat sahabat yang telah tiba awal, penyokong PR jauh mengatasi bilangan pencacai BN. Sepanjang Jalan Pantai dari stesen minyak BHP ke Dewan MPPD (lebih kurang 500m) dipenuhi dengan para pendokong PAS, PKR dan DAP. Selagi ada kawasan lapang di pinggir jalan disitulah dipenuhi dengan penyokong PR. Pada pandangan saya mungkin mencecah 20,000 orang.

Manakala puak-puak BN kali ni menampilkan satu penampilan yang baru iaitu KPBN. Ini adalah untuk menyaingi Kelab Penyokong PAS yang majoriti di bentuk daripada masyarakat india. KPBN ialah Kelab Penyokong BN. KPBN juga menghantar penyokong dari masyarakat
India dengan menggunakan bas. Kebanyakan wajah-wajah yang ditampilkan adalah dibawah 30 tahun dan kemungkinan mereka yang masih belum layak mengundi lagi. KPBN dilengkapi dengan t-shirt putih berlambang KPBN. Sekali pandang macam penyokong pasukan bola sepak pun ada. Sebijik. Wa cakap lu!!!!!

Berbalik kepada jumlah penyokong BN tadi, tidak dapat diramalkan jumlah yang hadir tapi kami percaya jumlah yang hadir tidak lebih 10,000 orang. Ini kerana rata-rata penyokong BN hanya berada di hadapan Dewan MPPD diatas bukit.


Insyallah kemenangan akan berpihak kepad aPR.
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Gambar-gambar diatas diambil dalam sekitar jam 11 pagi

No comments:

Post a Comment