ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Tuesday, October 19, 2010

Bangunan UMNO Kota Bharu Kini Milik DPP Kelantan

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
Wartawan Kita   
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia
20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah
dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan
sekali lagi tergadai kerana bangunan
yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu
kini menjadi milik Dewan Pemuda
PAS Kelantan.
Bangunan tersebut yang pernah
terbengkalai dalam tempoh begitu
lama berjaya disiapkan bekas
Ketua Umno Bahagian Kota Bharu
Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas Zaid
digugurkan daripada jawatannya
atas dakwaan terbabit dengan
rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjad
lengang semula.
Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh
gagal memasuki bangunan berkenaan.
Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan
bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat
dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.
Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk
Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit
di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.
Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap
desakan Umno Kota Bharu.


Dan hari ini berlangsung sejarah
yang mengejutkan Umno Kelanta
dan pusat apabila bangunan pejabat
yang pernah menjadi pejabat Umno
bertukar tangan menjadi milik PAS.
Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli
bangunan berkenaan dengan harga
RM4.5 juta.
Majlis penyerahan geran hak milik
oleh Zaid telah dilakukan tengah hari
tadi di Gua Musang sempena kempen
pilihan raya kecil Dun Galas.
Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta
yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.
Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PA
 Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai
 Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan
seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah
bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.
Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia
kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.
“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan
sendiri di lokasi yang begitu strategik.
“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih
lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika
dihubungi di Gua Musang.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di
bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.
Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi
memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak
tidak bertanggungjawab.
Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri
di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya
siap dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment