Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah |
| S Pathmawathy
Okt 19, 10
3:29pm | |
|
Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi
75.2 peratus daripada perangkaan 2008.
Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102
pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah
RM21.45 juta.
Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang
ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan
apabila mereka membuat lawatan rasmi.
“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.
Menurut beliau, apabila
Najib mengambil alih tampuk
pemerintahan negara pada
2009 kos lawatan perdana
menteri dan timbalannya
terus meningkat kepada
RM6,041,934.35 dan jumlah
itu melambung kepada
RM9,807,310.63 bagi tahun ini.
Membanding jumlah lawatan,
Chua berkata antara 2008
hingga 2009, kos perbelanjaan
perjalanan adalah 7.94 peratus
manakala daripada 2009 hingga
2010 ia naik kepada 62.32 peratus.
“Saya percaya semasa lawatan
rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar
perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.
“Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London
pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung
perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum
Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,”
kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan
dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi
berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada
2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.
“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan
tambahan,” kata Tian.
Pada pementangan Bajet 2011,
Jumaat lalu, Najib mengumumkan
peruntukkan RM18.14 bilion
kepada Jabatan Perdana Menteri.
Peruntukan itu mewakili
8.55 peratus daripada jumlah
peruntukan bajet yang bernilai
RM212 bilion.
“Ia menerima peruntukan ketiga
terbesar mengikut agihan
kementerian dengan
RM35.76 billion untuk Kementerian
Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk
Kementerian Kewangan,” kata Tian. |
|
No comments:
Post a Comment