ijtimak tarbawi dpp
Friday, November 20, 2009
FORUM HAJI
Antara lain Ustaz Azman Shafawi ada menyebut satu hadis Rasulullah yang menceritakan kehadiran hari kiamat. Salah satu tanda-tanda kemunculan kiamat adalah akan tiba masanya dimana waktu siang akan menjadi lebih panjang daripada malam, kemudiannya waktu malam pula akan menjadi lebih panjang daripada siang. Ini akan diikuti dengan 40 hari siang dan 40 hari malam. Akhirnya akan diikuti dengan matahari akan terbit disebelah barat. Apabila terbitnya matahari disebelah barat, maka manusia mula berpusu-pusu untuk melakukan amal soleh. Tapi malangnya dikala itu segala amalan tidak lagi diterima oleh ALLAH AZZAWJALLA.
Apa yang cuba dikaitkan disini, ustaz ada menerangkan kajian daripada para saintis, dunia sekarang menghadapi cuaca atau iklim dunia yang tidak menentu. Ketidak tentuan ini akan menyebabkan dalam satu jangkamasa nanti bumi akan menghadapi situasi dimana tempoh waktu siang dan malam akan mempunyai perbezaan. Ini dapat dikaitkan dengan tanda-tanda kiamat seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah.
Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada secubit ilmu diatas dan sentiasa istiqomah untuk melakukan amal soleh.. Insyaallah .......Baca selanjutnya »
TGNA disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009
Tuesday, November 17, 2009
LIM KIT SIANG: 19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang
Monday, November 16, 2009
Alangkah baiknya yang jauh, baru, kesemuanya
Diriwayatkan pada zaman Rasulullah, seorang sahabat sedang menghadapi sakaratulmaut. Sedang beliau berada dalam saat-saat terakhir beliau sentiasa mengulangi:
- Alangkah baiknya yang jauh
- Alangkah baiknya yang baru
- Alangkah baiknya kesemuanya
Para sahabat agak gusar dan masing-masing tertanya-tanya apakah yang dibicarakan oleh sahabat berkenaan. Semua sahabat yang berada disitu tidak faham apakah yang diucapkan itu. Apakah ini bala yang menimpa sahabat, sedangkan sahabat ini adalah yang terbukti dengan sifat-sifat terpuji. Kemudian para sahabat bersepakat untuk memaklumkan kepada Rasulullah mengenai peristiwa itu.
Setelah diceritakan kepada Rasulullah, baginda memberitahu dengan tenang apakah maksudnya itu.
Semasa menghadapi malaikat maut, Allah telah membuka hijab beliau sehingga menampakkan ganjaran untuk amalan kebaikan yang telah dikerjakan.
Yang pertama, dalam perjalanan ke masjid beliau terserempak dengan sibuta yang meraba-raba untuk ke masjid. Setelah hampir dengan masjid sahabat ini membantu/memimpin orang buta berkenaan sehingga sampai ke masjid.
Yang ketiga, pada suatu malam setelah balik dari berdakwah beliau bertanyakan kepada si isteri apakah rezeki yang ada pada malam ini. Isterinya memberitahu hanya ada sebuku roti sahaja. Semasa beliau hendak mula menikmati makan malam tersebut kedengaran pintu rumahnya diketuk orang. Sahabat ini terus membuka pintu dan didapati seorang yang dalam keadaan lemal longlai di hadapan rumahnya. Orang itu meminta sedikit makanan kerana telah 3 hari tidak menjamah rezeki. Dengan hati yang tenang dan penuh ikhlas sahabat tadi memberikan separuh daripada roti tersebut kepada orang yang kelaparan tadi.
Ternyata ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambanya yang membuat kebajikan adalah terlalu besar. Sahabat tadi merasa terlalu rugi dengan 3 amalan yang telah dilakukan. Sesungguhnya sahabat tadi mengidam untuk memimpin orang buta semasa perjalanan ke masjid masioh lagi jauh, memberikan pakaian/baju yang baru kepada si miskin yang menggigil kesejukan dan memberikan sebuku roti kepada orang yang kelaparan.
Tindakan Speaker DUN Kedah memang tepat
| dipetik dari Malaysiakini DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong | ||
|
Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.
Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.
Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.
DUN Kedah akan bersidang esok untuk meluluskan bajet kerajaan PAS negeri itu.
Abu Hassan boleh memfailkan rayuan. Permohonan lisannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mahkamah itu tidak dibenarkan hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar permohonan formalnya Jumaat ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.Abu Hassan mendapat 8,160 undi manakala Ismail mendapat 7,665 undi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dengan ini kita akan menghadapi PRK ke 10 pada penggal ini. Ternyata tindakan TPM mengarahkan ADUN BN Kota Seputeh menghadiri dewan adalah satu tindakan yang membuta tuli. Insyaallah perjuangan akan diteruskan.
.......Baca selanjutnya »


