ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Monday, November 16, 2009

Alangkah baiknya yang jauh, baru, kesemuanya

Petikan daripada kuliah Ust Ahmad Ali mantan pensyarah Universiti Brunei, ahli panel syariah HPA yang diadakan pada hari khamis 12/11/09 bertempat di Msjid Nurul Iman, Serendah:

Diriwayatkan pada zaman Rasulullah, seorang sahabat sedang menghadapi sakaratulmaut. Sedang beliau berada dalam saat-saat terakhir beliau sentiasa mengulangi:

  1. Alangkah baiknya yang jauh
  2. Alangkah baiknya yang baru
  3. Alangkah baiknya kesemuanya

Para sahabat agak gusar dan masing-masing tertanya-tanya apakah yang dibicarakan oleh sahabat berkenaan. Semua sahabat yang berada disitu tidak faham apakah yang diucapkan itu. Apakah ini bala yang menimpa sahabat, sedangkan sahabat ini adalah yang terbukti dengan sifat-sifat terpuji. Kemudian para sahabat bersepakat untuk memaklumkan kepada Rasulullah mengenai peristiwa itu.

Setelah diceritakan kepada Rasulullah, baginda memberitahu dengan tenang apakah maksudnya itu.

Semasa menghadapi malaikat maut, Allah telah membuka hijab beliau sehingga menampakkan ganjaran untuk amalan kebaikan yang telah dikerjakan.

Yang pertama, dalam perjalanan ke masjid beliau terserempak dengan sibuta yang meraba-raba untuk ke masjid. Setelah hampir dengan masjid sahabat ini membantu/memimpin orang buta berkenaan sehingga sampai ke masjid.

Yang kedua, pada musim sejuk sahabat ini terjumpa dengan seorang miskin yang menggigil dalam kesejukan. Pada masa itu sahabat ini memakai beberapa lapis baju untuk mengelakkan kesejukan. Kerana kasihan dengan keadaan si miskin tadi beliau membantu dengan memberikan salah satu daripada baju yang beliau pakai. Baju yang pertama masih baru, beliau simpan dan memberikan baju lain yang agak lama dan lusuh kepada si miskin.

Yang ketiga, pada suatu malam setelah balik dari berdakwah beliau bertanyakan kepada si isteri apakah rezeki yang ada pada malam ini. Isterinya memberitahu hanya ada sebuku roti sahaja. Semasa beliau hendak mula menikmati makan malam tersebut kedengaran pintu rumahnya diketuk orang. Sahabat ini terus membuka pintu dan didapati seorang yang dalam keadaan lemal longlai di hadapan rumahnya. Orang itu meminta sedikit makanan kerana telah 3 hari tidak menjamah rezeki. Dengan hati yang tenang dan penuh ikhlas sahabat tadi memberikan separuh daripada roti tersebut kepada orang yang kelaparan tadi.


Ternyata ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambanya yang membuat kebajikan adalah terlalu besar. Sahabat tadi merasa terlalu rugi dengan 3 amalan yang telah dilakukan. Sesungguhnya sahabat tadi mengidam untuk memimpin orang buta semasa perjalanan ke masjid masioh lagi jauh, memberikan pakaian/baju yang baru kepada si miskin yang menggigil kesejukan dan memberikan sebuku roti kepada orang yang kelaparan.




No comments:

Post a Comment