Syabas telah mengekploitasikan duit subsidi air KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.
Mengapa CEO syabas masih tergamak makan jutaan RM setahun sedangkan membuat kutipan katanya bermula daripada staff untuk membantu rakyat yang terdesak membayar bil air.
Dimana pemikir korporat SYABAS, setelah PAKATAN RAKYAT SELANGOR memberikan air percuma terhegeh2 mengitup sumbangan rakyat. Apakah pemikir korporat ni sudah mandom, tidak dapat memikirkan satu kebajikan untuk rakyat terbanyak, sekadar menumpang dan mengeksploitasi program kerjaan Selangor.
Apakah tabung budi untuk menjustifikasikan cadangan kenaikan tarif air 37% dan memburukkan kerajaan Selangor.....?
Bersama menghapuskan kezaliman.
Zahirkan bantahan terhadap SYABAS!
Jom ke Masjid Negara Ahad 4 Dec 2010 12 tengahari!!!!!!!!!!!!!!!!!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai
Malaysiakini
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempertikaikan gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.
Ketua penerangan dewan itu Fadhil Osman berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat."Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air," kata Fadhil.
Dalam satu kenyataan, Fadhil (kanan) menegaskan bahawa air merupakan keperluan asas dan pemberian Tuhan.
"Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah SWT untuk manusia?"
Sehubungan itu, Fadhil mengesyaki tindakan SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37 peratus bertujuan menampung kos operasinya, termasuk bagi membayar gaji pengerusinya.
"Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. "Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan perhimpunan besar membantah kenaikan harga air di ibu negara. .......Baca selanjutnya »

"Esok hari bekerja. Jika kita boleh dapatkan 2,000 orang, saya percaya jumlah peserta pada hari Ahad akan menjadi dua atau tiga kali ganda," katanya sambil memberitahu mereka akan berarak daripada masjid ke istana negeri.
Gaps menjangkakan 2,000 penyokong mereka akan turut serta manakala kerajaan Selangor pula mensasarkan 20,000 orang akan terlibat menyokong perhimpunan yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Tetapi jika tidak dibenarkan, kami akan cuba berunding dengan mereka syarat-syaratnya supaya tidak melanggar undang-undang," katanya.
"Mereka akan kawal keselamatan semua, bukan hanya menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, bagi menangani provokasi daripada luar dan dalam," katanya kepada Malaysiakini.





Tentunya maruah Umno Kelantan