ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Friday, December 3, 2010

Gajiku Tak Habis Makan 7 Generasi

0 comments
 Kenaikan tarif air 37% vs Tabung Budi.
Syabas telah mengekploitasikan duit subsidi air KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.
Mengapa CEO syabas masih tergamak makan jutaan RM setahun sedangkan membuat kutipan katanya bermula daripada staff untuk membantu rakyat yang terdesak membayar bil air.
Dimana pemikir korporat SYABAS, setelah PAKATAN RAKYAT SELANGOR memberikan air percuma terhegeh2 mengitup sumbangan rakyat. Apakah pemikir korporat ni sudah mandom, tidak dapat memikirkan satu kebajikan untuk rakyat terbanyak, sekadar menumpang dan mengeksploitasi program kerjaan Selangor.

Apakah tabung budi untuk menjustifikasikan cadangan kenaikan tarif air 37% dan memburukkan kerajaan Selangor.....?

Bersama menghapuskan kezaliman.
Zahirkan bantahan terhadap SYABAS!
Jom ke Masjid Negara Ahad 4 Dec 2010 12 tengahari!!!!!!!!!!!!!!!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai
Malaysiakini

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempertikaikan gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.

NONEKetua penerangan dewan itu Fadhil Osman berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air," kata Fadhil.

Dalam satu kenyataan, Fadhil (kanan) menegaskan bahawa air merupakan keperluan asas dan pemberian Tuhan.

"Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah SWT untuk manusia?"

Sehubungan itu, Fadhil mengesyaki tindakan SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37 peratus bertujuan menampung kos operasinya, termasuk bagi membayar gaji pengerusinya.

NONE"Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah.

"Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan perhimpunan besar membantah kenaikan harga air di ibu negara. .......Baca selanjutnya »

Raptai Demo......1,2,3 Hidup Melayu

0 comments
Salam all.........
Ni macam nak buat pentomin ke, persembahan drama ker. siap ada buat rehearsal dulu...ni geng baju hitam aka gagak hitam gamak nya......
 
 
'Baju Hitam' adakan 'raptai' demo dulu
Leven Woon & Jimadie Shah Othman
Dis 2, 10
6:38pm 
 
Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin berkata perhimpunan mereka selepas solat Jumaat esok bertujuan menyerahkan memorandum 'penyelewengan' kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

NONE"Esok hari bekerja. Jika kita boleh dapatkan 2,000 orang, saya percaya jumlah peserta pada hari Ahad akan menjadi dua atau tiga kali ganda," katanya sambil memberitahu mereka akan berarak daripada masjid ke istana negeri.

Ahad ini, kumpulan ini - yang berbaju hitam - berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi perhimpunan anjuran kerajaan Selangor (berbaju merah) menuju ke tempat sama bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

syabasGaps menjangkakan 2,000 penyokong mereka akan turut serta manakala kerajaan Selangor pula mensasarkan 20,000 orang akan terlibat menyokong perhimpunan yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hamidzun menjelaskan, Gaps memutuskan tidak memohon permit polis untuk perhimpunan Ahad ini kerana menurutnya kebebasan berhimpun dijamin dalam perlembagaan.

Bagaimanapun, tambahnya, Gaps sedang menguruskan pertemuan dengan pihak polis bagi membincangkan perkara itu esok.

Ditanya tindakan lanjut mereka sekiranya dihalang pihak berkuasa, Hamidzun berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.

'Baju Merah' sedia 500 'pengawal'

"Orang kita berhimpun dalam masjid. Kamu tidak perlukan permit untuk masuk ke dalam masjid.

azlan"Tetapi jika tidak dibenarkan, kami akan cuba berunding dengan mereka syarat-syaratnya supaya tidak melanggar undang-undang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, penyelaras kempen Air untuk Rakyat Badrul Amin Bahrom berkata, seramai 500 anggota parti pembangkang dan sukarelawan Gerak Kerja Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) dikerah mengawal keselamatan dan lalulintas dalam perhimpunan mereka Ahad ini.

Menurut Badrul Amin, ia melibatkan 200 anggota dan sukarelawan Pikom - unit penerangan kerajaan Selangor, 200 Unit Amal PAS dan 100 Briged Pemuda PKR.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speech"Mereka akan kawal keselamatan semua, bukan hanya menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, bagi menangani provokasi daripada luar dan dalam," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR juga mengingatkan peserta perhimpunan anjuran kerajaan negeri supaya sentiasa bertenang dan tidak mengganggap kumpulan Gaps sebagai musuh.

"Mereka bukan musuh. Mereka hanya diupah oleh golongan yang berkepentingan. Musuh sebenar kita adalah kroni dan pemimpin Umno," katanya.

Setakat ini, pihaknya belum dihubungi pihak istana atau polis berhubung perhimpunan itu, jelas Badrul Amin.

"Mungkin juga mereka segan hendak menjawab. Maklumlah melibatkan (kerajaan) pusat. Jadi, sukar," kata bekas pensyarah itu.
.......Baca selanjutnya »

Thursday, October 21, 2010

CALON PAS YANG TERBAIK UNTUK GALAS

0 comments
Bersempena dengan PRK GALAS:
DPPHS akan mengumpulkan dana jihad melalui penjualan tshirt PRK GALAS
RM15 sehelai termasuk kos penghantaran.


sila klik pada thumbnail untuk image yang lebih besar






Hubungi dpphuluselangor@gmail.com untuk pembelian.
Sila nyatakan quantiti dan saiz yang diperlukan
Selamat beramal...................................








PAS tampil calon terbaik untuk masyarakat Galas
Nazri Abdullah
Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ahli Parlimen PAS Kelantan yakin, calon bagi Pilihan Raya
Kecil (PRK) Galas yang akan diumum malam ini adalah terbaik untuk rakyat di Dun itu.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, beliau yakin segala pertimbangan
sudah dibuat kepimpinan parti bagi memastikan calon PAS yang akan mewakili
Pakatan Rakyat pada PRK itu bukan sahaja mampu menjadi wakil rakyat, mala
 juga mampu meneruskan legasi khidmat cemerlang Adun sebelum ini
 Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Menurutnya, kaedah pemilihan calon yang bermula dengan PAS negeri membuat
saringan di peringkat PAS kawasan, kemudian dibawa ke PAS pusat dan seterusnya
kepada Majlis Syura PAS, sudah cukup untuk memastikan calon yang bakal
diketengahkan adalah calon terbaik dari segala aspek.



"Saya yakin, siapa juga calon yang akan diumum malam ini adalah yang terbaik kerana
telah melalui saringan di peringkat akar umbi.
"Tentunya calon tersebut seorang yang dikenali rakyat Galas dan sumbanganny
 juga diketahui umum masyarakat di situ," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Seorang lagi Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar juga mempunyai pandangan
serupa.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat berkata, calon yang akan diumum
malam ini tentunya sesuai dengan kondisi masyarakat Galas yang rencam.
"Galas ini kawasannya luas, ada penduduk bandar dan ada luar bandar. Tentunya
calon yang dipilih adalah calon yang menguasai keadaan di Galas ini," katanya yang
juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Selain itu jelasnya, calon yang akan dipilih PAS juga sudah tentu calon yang
memahami kepelbagaian kaum di Galas yang terdiri daripada Melayu, Cina, India
dan masyarakat Orang Asli.
"Saya yakin calon itu nanti akan mempermudah kempen kita bagi mengekalkan Dun
Galas," katanya.
Dalam pada itu, PAS akan mengumumkan calon mereka malam ini bertempat di
perkarangan Markas Besar PAS di Bandar Lama bersebelahan pejabat pos Gua Musang.
Ketiga-tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP,
Lim Kit Siang telah mengesahkan kehadiran malam ini.
Pengumuman malam ini juga adalah bersempena ceramah perdana sambutan
20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.......Baca selanjutnya »

Tuesday, October 19, 2010

Kerajaan Boros Berbelanja

0 comments
Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah
S Pathmawathy
Okt 19, 10
3:29pm
Kongsi 421
Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi
75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102
pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah

RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang
ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan
apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.


Menurut beliau, apabila
Najib mengambil alih tampuk
pemerintahan negara pada
2009 kos lawatan perdana
menteri dan timbalannya
terus meningkat kepada
RM6,041,934.35 dan jumlah
itu melambung kepada
RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan,
Chua berkata antara 2008
hingga 2009, kos perbelanjaan
perjalanan adalah 7.94 peratus
manakala daripada 2009 hingga
2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

“Saya percaya semasa lawatan
rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar
perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.

“Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London

pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung
perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum
Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,”
kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan
dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi
berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada
2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan
tambahan,” kata Tian.

Pada pementangan Bajet 2011,
Jumaat lalu, Najib mengumumkan
peruntukkan RM18.14 bilion
kepada Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukan itu mewakili
8.55 peratus daripada jumlah
peruntukan bajet yang bernilai
RM212 bilion.

“Ia menerima peruntukan ketiga
terbesar mengikut agihan
kementerian dengan
RM35.76 billion untuk Kementerian
Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk
Kementerian Kewangan,” kata Tian.
.......Baca selanjutnya »

Bangunan UMNO Kota Bharu Kini Milik DPP Kelantan

0 comments
Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
Wartawan Kita   
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia
20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah
dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan
sekali lagi tergadai kerana bangunan
yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu
kini menjadi milik Dewan Pemuda
PAS Kelantan.
Bangunan tersebut yang pernah
terbengkalai dalam tempoh begitu
lama berjaya disiapkan bekas
Ketua Umno Bahagian Kota Bharu
Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas Zaid
digugurkan daripada jawatannya
atas dakwaan terbabit dengan
rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjad
lengang semula.
Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh
gagal memasuki bangunan berkenaan.
Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan
bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat
dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.
Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk
Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit
di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.
Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap
desakan Umno Kota Bharu.


Dan hari ini berlangsung sejarah
yang mengejutkan Umno Kelanta
dan pusat apabila bangunan pejabat
yang pernah menjadi pejabat Umno
bertukar tangan menjadi milik PAS.
Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli
bangunan berkenaan dengan harga
RM4.5 juta.
Majlis penyerahan geran hak milik
oleh Zaid telah dilakukan tengah hari
tadi di Gua Musang sempena kempen
pilihan raya kecil Dun Galas.
Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta
yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.
Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PA
 Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai
 Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan
seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah
bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.
Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia
kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.
“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan
sendiri di lokasi yang begitu strategik.
“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih
lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika
dihubungi di Gua Musang.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di
bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.
Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi
memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak
tidak bertanggungjawab.
Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri
di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya
siap dalam masa terdekat.
.......Baca selanjutnya »