| Bersempena dengan PRK GALAS: DPPHS akan mengumpulkan dana jihad melalui penjualan tshirt PRK GALAS RM15 sehelai termasuk kos penghantaran. sila klik pada thumbnail untuk image yang lebih besar Hubungi dpphuluselangor@gmail.com untuk pembelian. Sila nyatakan quantiti dan saiz yang diperlukan Selamat beramal................................... PAS tampil calon terbaik untuk masyarakat Galas Nazri Abdullah Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ahli Parlimen PAS Kelantan yakin, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas yang akan diumum malam ini adalah terbaik untuk rakyat di Dun itu. Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, beliau yakin segala pertimbangan sudah dibuat kepimpinan parti bagi memastikan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu bukan sahaja mampu menjadi wakil rakyat, mala juga mampu meneruskan legasi khidmat cemerlang Adun sebelum ini Allahyarham Chek Hashim Sulaima. Menurutnya, kaedah pemilihan calon yang bermula dengan PAS negeri membuat saringan di peringkat PAS kawasan, kemudian dibawa ke PAS pusat dan seterusnya kepada Majlis Syura PAS, sudah cukup untuk memastikan calon yang bakal diketengahkan adalah calon terbaik dari segala aspek. "Saya yakin, siapa juga calon yang akan diumum malam ini adalah yang terbaik kerana telah melalui saringan di peringkat akar umbi. "Tentunya calon tersebut seorang yang dikenali rakyat Galas dan sumbanganny juga diketahui umum masyarakat di situ," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat. Seorang lagi Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar juga mempunyai pandangan serupa. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat berkata, calon yang akan diumum malam ini tentunya sesuai dengan kondisi masyarakat Galas yang rencam. "Galas ini kawasannya luas, ada penduduk bandar dan ada luar bandar. Tentunya calon yang dipilih adalah calon yang menguasai keadaan di Galas ini," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Selain itu jelasnya, calon yang akan dipilih PAS juga sudah tentu calon yang memahami kepelbagaian kaum di Galas yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli. "Saya yakin calon itu nanti akan mempermudah kempen kita bagi mengekalkan Dun Galas," katanya. Dalam pada itu, PAS akan mengumumkan calon mereka malam ini bertempat di perkarangan Markas Besar PAS di Bandar Lama bersebelahan pejabat pos Gua Musang. Ketiga-tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengesahkan kehadiran malam ini. Pengumuman malam ini juga adalah bersempena ceramah perdana sambutan 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
ijtimak tarbawi dpp
Thursday, October 21, 2010
CALON PAS YANG TERBAIK UNTUK GALAS
Tuesday, October 19, 2010
Kerajaan Boros Berbelanja
|
Bangunan UMNO Kota Bharu Kini Milik DPP Kelantan
| Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan |
Tuesday, September 7, 2010
Qiamullail Pemuda PAS Hulu Selangor 2010
Alhamdulillah..
Dengan kekuatan lebih 8 orang AJK Dewan Pemuda Kawasan dan lebih 15 orang pemuda ahli PAS daripada sekitar dan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Aktiviti bermula pada petang Sabtu 4 September dengan sesi Iftar@Buka Puasa bertempat di Surau Al-Hidayah, SKC Jaya di Hulu Selangor...
Sedikit Coretan dan Rakaman peristiwa untuk tatapan semua...
sunsnake 07092010





.......Baca selanjutnya »
Dengan kekuatan lebih 8 orang AJK Dewan Pemuda Kawasan dan lebih 15 orang pemuda ahli PAS daripada sekitar dan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Aktiviti bermula pada petang Sabtu 4 September dengan sesi Iftar@Buka Puasa bertempat di Surau Al-Hidayah, SKC Jaya di Hulu Selangor...
Sedikit Coretan dan Rakaman peristiwa untuk tatapan semua...
sunsnake 07092010
UMNO pantang kalau dengar pasal perkataan Tazkirah ni!
Tidur untuk layak Tahajud saja syeikkhh!!! jangan lajak tido!!
Sunday, August 29, 2010
Ada Apa Bukan Islam Masuk Surau?
Sekali lagi isu kehadiran bukan islam di surau terus dipolitikkan oleh golongan yang tidak faham agama. Bertindak kononnya merekalah yang menjaga kesucian islam. ada yang mempersoalkan kenapa wanita muda cina itu tidak memakai tudung ketika berada didalam masjid. Yang lagi parah isterinya sendiri pula pun tidak pakai tudung samada didalam atau diluar masjid. Kalau ada pun sekadar diletakkan kain atas kepala dengan separuh rambut tertonjol keluar.... adakah ini syariat islam???Nik Aziz: Jahil agama punca polemik
Malaysiakini Ogos 29, 10 8:29am
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.
"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.
Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.
"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo.
Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.
.......Baca selanjutnya »
Subscribe to:
Posts (Atom)






Tentunya maruah Umno Kelantan
