Pada 26 September 2009 jam 530pm bertempat di Bagan Pinang (belakang masjid Bagan Pinang) telah berlangsung majlis perasmian dan pelancaran jentera pilihanraya N31 pemuda Pakatan Rakyat. Sempena dengan bulan syawal ini majlis ini telah diserikan dengan sambutan hari raya pemuda pakatan rakyat di perkarangan rumah PakDin.
Pimpinan Pas dari DPP diketuai oleh Ustaz Nasaruddin Tantatawi dan Ust Shafawi Azman manakala PKR diterajui oleh ketua AMK Saudara Shamsul Iskandar dan DAP dikepalai oleh Ketua DAPSY Pusat YB Loke. Juga kehadiran pimpinan pakatan rakyat dari peringkat negeri dan pusat.
DPP Hulu Selangor telah menghantar 3 orang wakil walaupun sasaran awal untuk mendapatkan 20 wakil dpp kawasan. Ini disebabkan masih ramai lagi ahli yang bercuti di kampung dan dalam mode berhari raya disamping ada yang telah kembali bertugas. Jumlah kehadiran pada petang ini dianggarkan sekitar 300 orang.
Banner besar di hadapan simpang masuk masjid Bagan Pinang
Masjid Bagan Pinang dari luar
Perkarangan rumah antik
Antara hadirin yang hadir kusyuk mendengar ceramah dari pimpinan PR. Sebelum mengakhiri ucapan, saudara Shamsul Iskandar menjual pantun kepada tuan pengerusi majlis. Mungkin terkejut dengan pantun tersebut menyebabkan pengerusi majlis terpaksa menjawab pantun tersebut pada penghujung majlis.
Mungkin ramai diantara kita yang tidak terlintas fakta yang dikemukakan oleh Saudara Shamsul Iskandar. PRK yang ke 9, di negeri 9, pada bulan 9. Manakala dari YB Loke pula, PRK kali ni jatuh pada bulan 8 kalender cina yang merupakan nombor ong bagi masyarakat Tionghua.
Setelah majlis selesai, kami sempat singgah ke pantai Bagan Pinang untuk mengabadikan kenangan. Akan kami gempur lagi Bagan Pinang pada hari penamaan dan tempoh berkempen. Semoga kemenangan menyebelahi Pakatan Rakyat. Amin
Salam,
ReplyDeleteAllahuakbar!!
Nampak macam 'gagah' jugak muka2 kita ye?
hehehehehe..
mau taknya.
ReplyDeletebukan ker kita bertiga ni dengan kekuatan 7 orang setiap orang.
memang la nampak gagah perkasa.
huhuhuhuhu