ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Saturday, June 26, 2010

Diwar-warkan 100 ulama akan menyertai UMNO pada minggu lepas. Diantara nama yang disebut-sebut adalah mantan mufti negeri Perlis, Dr Asri. Walaupun nama beliau telah disahkan oleh seorang MT UMNO, Dr Asri maish lagi mempertahankan pendirian untuk tidak menyertai man-mana parti politik. Sehingga pada majlis kemasukan 100 ulama tersohor pada malam tadi, batang tubuh Dr Asri tidak kelihatan.

Daripada 100 ulama tersohor yang akan menyertai perjuangan UMNO yang diwar-warkan oleh Berita Harian beberapa hari sebelum ini, pada malam tersebut 40 ulama muda menyerahkan borang keahlian UMNO di PWTC. Mereka ini mendaftar sebagai ahli cawangan Dataran Merdeka. Sinar Harian memetik 2 nama ulama muda iaitu Fathul Bari Mat Jahya dan Fadhlan Mohd Othman yang menyertai UMNO.

Memetik kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Fadhlan Mohd Othman, beliau dan 39 rakannya yang lain menyertai UNO untuk mentarbiahkan organisasi UMNO dari dalam. Satu tugas dan cabaran yang amat besar. Semoga beliau dapat membentuk dan mentarbiahkan UMNO kembali ke landasan perjuangan ISLAM.

Seorang MT UMNO, Dato Seri Shahidan Kassim melontarkan cabaran kepada PAS supaya bersiap sedia untuk mengadakan pertemuan dengan ulama UMNO bagi membincangkan hal-hal agama.!!!!!!!!. Insyaallah PAS tidak akan menolak....



'Mengapa kami sertai Umno'
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10
11:24pm
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya.

No comments:

Post a Comment