Keputusan hakim yang tetap mensabitkan kesalahan YB Tian Chua dengan mengurangkan hukuman kepada denda RM2000 bererti menamatkan spekulasi PRK bagi P115 Batu. Dalam penghujahan beliau hakim mengatakan PRK adalah pembaziran kerana memerlukan dana yang besar dan ini merupakan kesalahan pertama YB
Ini juga memberikan kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat disamping berita yang digembar gemburkan oleh media arus perdana, hasil kajian Merdeka Center sokongan kepda Najib meningkat kepda 72%. Dari segi data ini memberikan keselesaaan kepada BN kerana persepsi masyarakat kepada BN berada pada tahap yang agak tinggi. Sejauh mana kebenaran data ini akan dibukti dalam PRK atau PRU...........
Hukuman penjara Tian Chua diketepikan, hanya didenda RM2,000
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan hukuman penjara enam bulan ke atas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang kerana mencederakan anggota polis pada 2007.
Hakim Datuk Ghazali Cha turut mengurangkan jumlah hukuman denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.
Hukuman penjara Tian Chua diketepikan, hanya didenda RM2,000
UTUSAN MALAYSIA
2010/06/17
Hakim Datuk Ghazali Cha turut mengurangkan jumlah hukuman denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.
Pada 22 Oktober tahun lalu, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah didapati bersalah mencederakan anggota polis pada 11 Disember 2007.
Tian Chua, 47, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen di sini pada 10.45 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. - BERNAMA
Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. - BERNAMA
Gigit polis: Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu MALAYSIAKINI | |||
|
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret. "Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.” "Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.” Tian Beliau yang baru tiba dari Paris, pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng. Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli. Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan. Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah. Ma Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. |
No comments:
Post a Comment