ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Thursday, June 17, 2010

Malaysia: Kadar Jenayah Rendah????

Apabila terbaca tajuk berita Harakahdaily hari ni, penulis terus teringat fakta yang disampaikan oleh seorang MP Pakatan Rakyat didalam tazkirah maghrib malam tadi. YB membawakan buku jawapan bertulis daripada Menteri Dalam Negeri berkaitan dengan soalan perincian kes jenayah di Malaysia. Buku jawapan berkenaan mengandungi statistik kes jenayah yang dilaporkan beberapa tahun kebelakangan ini.

Untuk tahun 2010 berakhir Mei 2010 sahaja kes jenayah yang dilaporkan adalah teramat tinggi. Untuk kes keseluruhan adalah mencecah 72,000 kes. Perhatikan betul-betul bukan tersilap tulis..... ini adalah figure yang dilaporkan sebanyak 72 ribu sepanjang Jan sehingga Mei 2010 sahaja.

Mengikut pecahan jenayah kekerasan adalah sekitar 14ribu kes dan selebihnya jenayah harta benda (58ribu kes??????). Jenayah harta benda tertinggi adalah kes curi motorsikal mencecah 22ribu kes.




Jadi tidak hairanlah kedengaran suatu masa kenderaan rasmi ketua polis dilarikan penjenayah. Mengapakah kes ini berlaku dimalaysia. Apakah penjenayah tidak takut kepada polis atau polis takut kepada penjenayah?????



sumber:Harakahdaily
Isteri Mohamad Sabu dirompak
Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam cawangan Pusat Bandar Shah Alam.

Menurut Harakahdaily, anak kedua Mohamad, Nurul Huda memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.

"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," kata beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.

Disebabkan rompakan itu, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.

"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," katanya.

Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.

Beliau sekarang di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza.

No comments:

Post a Comment