ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Wednesday, August 4, 2010

Wakil Rakyat PR Terus Dihalang Masuk Sekolah di Selangor


Kebobrokan pemimpin BN semakin terserlah. Ini dibuktikan dengan satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewatikahkan 59 pemimpin BN bagi mewakili Muhyidin di sekolah. Mengapa ini berlaku. Mengapa pemimpin PR yang dipilih oleh masyarakat tempatan dihalang memasuki sekolah. Tindakan yang tidak demokratik!.









Perwakilan Pakatan tak dibenar di sekolah S'gor
Malaysiakini
Ogos 4, 2010
6:43pm

Satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi
menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi
membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh
sifat 'talam dua muka' kerajaan persekutuan.

Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, menteri pelajaran telah meluluskan
senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh
mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha sulit menteri dan pekeliling itu
dihantar kepada pengarah jabatan pelajaran Selangor.

Ia juga menyatakan bahawa wakil BN berkenaan turut dibekalkan dengan surat
pelantikkan dengan salinannya dikepil bersama pekeliling tersebut dengan nama
penuh serta jawatan mereka yang disenaraikan itu.

Ketika dihubungi, Hannah Yeoh, ADUN
DAP bagi kerusi Subang Jaya berkata
surat itu memberi implikasi bahawa pihak
berkuasa sekolah mesti memndapatkan
kebenaran menteri sebelum menjemput
perwakilan Pakatan Rakyat.

“(Apabila sekolah memohon kebenaran),
ia tidak pernah diberikan,” dakwanya.

Yeoh dalam laman tweet pernah
mempersoalkan kandungan pekeliling itu
dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan
saya. Ini tidak betul erana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak
bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan
memilih pemimpin sendiri,” katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas
campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.

“Dalam kes saya, kerana PIBG mendesak, maka saya boleh hadiri. Jadi ini
menujukkan bahawa PIBG mempunyai peranan besar,” katanya.

Perkara berkenaan disahkan oleh ADUN
Teratai, Jenice Lee.

“Sesetengah sekolah memohon bantuan
kewangan daripada saya tetapi saya tidak
dibenarkan ke sekolah itu ataupun boleh
berucap,” katanya.

“Ada satu ketika, saya terpaksa
menyampaikan cek di luar perkarangan sekolah.

“Perkara ini berlaku kepada kebanyakan
pemimpin Pakatan dan bukan ke atas saya dan hannah sahaja. Ini jelas tidak adil,” katanya.

No comments:

Post a Comment