| Mahkamah: Kamalanathan MP Hulu S'gor yang sah | |||
|
ijtimak tarbawi dpp
Thursday, August 5, 2010
Wednesday, August 4, 2010
Ada Asas Untuk SPRM Siasat Pembelian Tren: PAC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah berkira-kira untuk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian 38unit tren Keretapi Tanah Melayu dari Cina secara runding terus yang bernilai RM1.824billion. Melalui proses ini PAC menganggarkan kerajaan telah kehilangan RM500juta atau dalam kata lain setengah billion ringgit. Persoalan disini kemanakah mengalirnya lebihan setengah billion ringgit itu. Kepada petani, nelayan, buruh, cikgu, pekerja kerajaan, pekerja swasta?
|
Orang Berbudi Kita Berbahasa
Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan tawaran Pahang untuk pembekalan air ke negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menolak tawaran tersebut kerana yakin dengan keputusan kajian yang telah dijalankan iaitu bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019. Bekalan air mentah itu tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa kerana ini akan menambahkan beban kepada pengguna. Selain dari itu kerajaan Selangor juga mengkaji sumber alternatif bekalan air yang lain selain daripada sumber sungai di Pahang. Kerajaan Selangor juga bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membangunkan sumber air alternatif ini.
.......Baca selanjutnya »
| Air: Selangor sambut baik tawaran Pahang |
| Harakahdaily |
SHAH ALAM, 4 Ogos: Kerajaan Selangor mengalu-alukan tawaran Kerajaan Pahang supaya loji rawatan air dibina di negeri itu seperti yang dikatakan Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang dianggarkan berharga lebih RM8 bilion tidak perlu dibina secara terburu-buru kerana yakin bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019. Katanya, projek penyaluran air mentah antara dua negeri itu juga sepatutnya boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga proses penstrukturan semula industri air di Selangor selesai dilaksanakan. Kerajaan negeri, katanya sangat yakin penangguhan sementara pelaksanaan projek ini tidak akan menjejaskan bekalan air kerana kajian yang dilakukan mendapati bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019. Kerajaan Selangor juga, ujarnya sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mencari sumber alternatif lain yang tidak memerlukan kos tinggi seperti memproses air hujan, sumber air bawah tanah dan paling utama mengadakan langkah-langkah untuk menurunkan lagi kadar air tidak berhasil (NRW). Begitupun, tambahnya, Kerajaan Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang sengaja menggunakan isu krisis bekalan air sebagai tekanan kepada Selangor supaya menerima pelan penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Persekutuan. Menurutnya, Kerajaan Selangor percaya pendekatan Kerajaan Persekutuan yang sengaja melengah-lengahkan rundingan itu hanyalah bertujuan melindungi syarikat kroni bukan melindungi kepentingan rakyat. “Rundingan untuk mengambil alih industri air ini akan terus dilakukan walaupun banyak halangan dikenakan kerana Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip bahawa air adalah hak rakyat dan perlu dikembalikan kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini |
Wakil Rakyat PR Terus Dihalang Masuk Sekolah di Selangor
Kebobrokan pemimpin BN semakin terserlah. Ini dibuktikan dengan satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewatikahkan 59 pemimpin BN bagi mewakili Muhyidin di sekolah. Mengapa ini berlaku. Mengapa pemimpin PR yang dipilih oleh masyarakat tempatan dihalang memasuki sekolah. Tindakan yang tidak demokratik!........Baca selanjutnya »
Sunday, August 1, 2010
Himpunan Warga Felcra Kebangsaan
Ternyata sekali lagi UMNO BN terus menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi. Kali ini FRU dikerah untuk mengganggu perjalanan majlis Himpunan Warga Felcra Kebangsaan yang dijalankan di Changkat Lada. Majlis ini dijalankan diatas tanah persendirian jauh dari jalan utama untuk mengelakkan kesesakan tetapi masih tetap diganggu oleh kehadiran FRU. Dilaporkan YB Nizar terpaksa meredah jalan berlumpur untuk sampai ketapak majlis yang dihadiri oleh sekitar 500 hadirin.| Nizar lalu jalan berlumpur ke tempat ceramah |
| Nazri Abdullah Harakahdaily | |||
PASIR SALAK, 1 Ogos: Seperti suasana pada awal negara menyambut kemerdekaan dahulu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin terpaksa melalui jalan semak dan berlumpur untuk sampai ke pentas ceramah. Bukannya jalan yang sedia ada tidak baik, namun setelah negara begitu aman selepas lebih 50 tahun merdeka, beliau terpaksa menghadapinya untuk berceramah di majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, dekat sini malam tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan menjayakan program malam tadi setelah polis dan anggota unit simpanan persekutuan (FRU) menyekat laluan masuk ke tempat program. Akibat melalui jalan tersebut, kasut dan pakaian Nizar basah dan berlumuran lumpur. "Alhamdulillah, Datuk Seri Nizar dapat bersama kita walaupun terpaksa lalu jalan berselut dan berlumpur," umum pengerusi majlis disambut laungan takbir para hadirin. Semasa Nizar sedang berucap pula, FRU yang pada asalnya membuat sekatan di jalan masuk, mula bergerak ke pintu depan tapak program untuk masuk ke kawasan ceramah yang dibuat atas tanah persendirian. Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak programditutup dan dikunci oleh tuan tanah dan penyokong. Anngota FRU, bagaimanapun mahu masuk ke kawasan ceramah walaupun tuan tanah meletakkan poster "Hak Milik Persendirian, Dilarang Menceroboh", namun dibenteng lebih 100 penyokong. Mereka berada di situ sehingga ceramah Nizar selesai kira-kira sejam setengah kemudian. Terdahulu, Nizar sewaktu memulakan ucapan turut secara sinis membidas tindakan anggota keselamatan itu. "Malam ini 847 anggota polis, special branch (SB) dan FRU ada bersama kita. "Selamat datang untuk dengar ceramah dan menjaga keselamatan kami," katanya disambut tepukan oleh lebih 500 hadirin yang hadir. Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di sini akan berlangsung sehingga lewat malam ini. Pagi ini, majlis pelancaran akan disempurnakan Nizar, kemudian beberapa kertas kerja akan dibentang sebelun majlis penutup akan disempurnakan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini. Kemuncak program adalah pada malam ini apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berceramah di sini. Berita sebelum:
|
Subscribe to:
Posts (Atom)








Ekoran itu, palang untuk masuk ke tapak program
"Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita