ijtimak tarbawi dpp
Saturday, February 12, 2011
Monday, February 7, 2011
Demo Anti Mubarak di US Embassy KL
Nampaknya sekali lagi berita arus perdana tidak menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku. Totally misleading the public dengan laporan yang sebegini.
.......Baca selanjutnya »
Sunday, December 12, 2010
Buku terbaru " Kepimpinan TGNA Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinaan Besar Sepanjang Zaman" oleh Prof Dr Shahrir Mohd Zain
Satu lagi pengiktirafan terhadap Mursyidul am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Prof. Shahrir hasilkan buku 'Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz'
.......Baca selanjutnya »
Prof. Shahrir hasilkan buku 'Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz'
| Muhayat Yasmin |
| PERMATANG PAUH, 12 Dis: Buku bertajuk ' Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman' hasil tulisan Prof. Dr Shahrir Mohd Zain telah dilancarkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Hussain di Masjid Batu, Kampung Pertama, semalam. Abdul Halim dalam ucapan pelancarannya menyatakan bentuk kesederhanaan dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah suatu yang sukar diamalkan oleh mana-mana pemimpin dalam negara ini. Katanya, sifat peribadi yang tinggi dipunyai oleh Nik Aziz itu bukan saja disenangi oleh majoriti rakyat Kelantan yang beragama Islam, malah ia turut disenangi oleh masyarakat bukan Islam. "Wasatiyyah yang menggabungkan sifat keadilan dan kesederhanaan Tok Guru itu diungkapkan dalam buku ini bagi menjadi teladan kepada masyarakat. Ia adalah sebagai panduan dalam mengamati sifat peribadi yang harus ada pada kepimpinan sama ada peringkat bawahan maupun peringkat tertinggi. "Beliau juga adalah tokoh sederhana dalam kepimpinan negara yang tidak juga dapat ditandingi sifatnya oleh mana-mana kepimpinan yang ada dalam negara ini walaupun telah berjaya memimpin Kelantan lebih dari 20 tahun hingga kini,"ujar beliau. Pelancaran kali ini adalah sebagai permulaan kepada pelancaran yang akan turut dilakukan di beberapa buah negeri lagi sebagai satu wadah perjuangan untuk memberi peluang kepada masyarakat memiliki buku yang menceritakan keperibadian dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Sasterawan Negara, Azizi Abdullah, Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad adalah antara tetamu yang turut hadir pada majlis pelancaran buku tersebut. |
Saturday, December 11, 2010
PM: Usah gadai masa depan negara pada Pakatan
Kepada Dato Seri PM, minta buat kenyataan berdasarkan fakta. Jangan main cakap-cakap kedai kopi. Ini hanya menjatuhkan taraf kebijaksanaan PM sekaligus menunjukkan ketidaklayakan Dato Seri memegang jawatan PM. Hanya layak jadi pencaci AMENO di sebuah kg di pedalaman pekan. Tunjukkan bukti dimana dasar PR menggadaikan masa depan rakyat.
Adakah dengan pemberian air percuma 20m padu setelah 2 tahun mentadbir Selangor?
Adakah dengan menghalang kenaikan tarif air oleh SYABAS sebanyak 37% adalah menghancurkan harapan rakyat?
Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara. Ni taraf lawak version Jangan Ketawa (tahun bile????). Kalau bukan ketua cawangan AMNO, ketua bahagian AMENO yang kaya raya, angkut projek sana sini rakyat mana lagi?. Sanggup bermati-matian mempertahankan jawatan?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.
"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini.
Najib berkata, kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.
"Janganlah mengambil risiko (menyokong Pakatan Rakyat) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.
Najib berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.
Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.
Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. .......Baca selanjutnya »
Adakah dengan pemberian air percuma 20m padu setelah 2 tahun mentadbir Selangor?
Adakah dengan menghalang kenaikan tarif air oleh SYABAS sebanyak 37% adalah menghancurkan harapan rakyat?
Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara. Ni taraf lawak version Jangan Ketawa (tahun bile????). Kalau bukan ketua cawangan AMNO, ketua bahagian AMENO yang kaya raya, angkut projek sana sini rakyat mana lagi?. Sanggup bermati-matian mempertahankan jawatan?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.
Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis. "Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini.
Najib berkata, kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.
"Janganlah mengambil risiko (menyokong Pakatan Rakyat) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.
Najib berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.
Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. .......Baca selanjutnya »
Friday, December 3, 2010
DPP PUSAT arahkan PEMUDA sertai DEMO!!!!!
Salam sahabat semua.
KP pusat telah memberikan arahan. Sayugia diingatkan adalah menjadi kewajipan kepada semua pemuda yang tidak uzur syari'e untuk hadir ke Masjid Negara pada 4 Dis 2010. Buktikan anda adalah pemuda yang akan berjasa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan tarif air

| Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor."Himpunan itu sebenarnya bertembung dengan Jambori Amal Kebangsaan pemuda PAS, tapi pada mesyuarat lajnah politik Selasa lalu, kita telah mengecualikan pemuda PAS Selangor dan Wilayah menyertai jambori dan minta mereka memberi tumpuan kepada himpunan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily. Kerajaan negeri Selangor mensasarkan 100 ribu tandatangan rakyat bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor. Memerandum bantahan yang ditandatangan itu dijangka akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari. Kumpulan bantahan itu juga akan berbaju merah sebagai lambang bantahan mereka. Mereka juga dijangka bertembung dengan dengan kumpulan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang akan berbaju hitam yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.