ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Friday, March 25, 2011

JOM SOLAT HAJAT PERDANA

0 comments
TARIKH: 28 MAC 2011
MASA: BERMULA DENGAN SOLAT MAGRIB
PENGISIAN: KULIAH MAGHRIB, SOLAT ISYAK, SOLAT HAJAT, CERAMAH PIMPINAN

Seluruh warga PEMUDA PAS HULU SELANGOR dijemput hadir.





Umat Islam diseru sertai Solat Hajat 28 Mac
Ismail Hashim    

 
SHAH ALAM, 25 Mac: Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi BN.

Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.

Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.

Ustaz Idris menambah, rakyat Selangor khususnya dan juga dari negeri lain  perlu hadir untuk sama-sama memohon ke Hadrat Ilahi bagi menangkis fitnah besar ini bagi mengelakkan kemusnahan negara.

"Meskipun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang semua bobrok itu berlaku tetapi harus ingat kita ada Allah SWT. Yang  Maha kuasa untuk membantu kita.

"Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai Doa adalah senjata orang Mukmin kerana itu umat Islam wajar kembali kepada-Nya dalam semua hal kehidupan," tegasnya.

Selain itu, beliau berkata, mereka yang belum mempunyai pendirian politik juga boleh hadir kerana implikasi runtuhnya negara bakal menimpa sesiapa sahaja sama ada berparti atau tidak.

Begitu juga dengan rakyat bukan Islam perlu hadir menyatakan sokongan dan mendapat penjelasan terus dari pimpinan PR.

Dalam hal fitnah dan mengaibkan peribadi musuh termasuk politik ini adalah ditolak dan dibenci oleh semua agama, jelasnya.

Bagi mereka yang ingin melakukan islah dan pembaikan terhadap semua sistem yang telah rosak di negara ini, tegasnya, ia mesti dilakukan dengan perubahan kuasa politik berdasarkan kebenaran.


.......Baca selanjutnya »

Saturday, February 12, 2011

CERAMAH MAT SABU

0 comments



Semua dijemput hadir .......Baca selanjutnya »

Monday, February 7, 2011

Demo Anti Mubarak di US Embassy KL

0 comments

Nampaknya sekali lagi berita arus perdana tidak menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku. Totally misleading the public dengan laporan yang sebegini.
.......Baca selanjutnya »

Sunday, December 12, 2010

Buku terbaru " Kepimpinan TGNA Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinaan Besar Sepanjang Zaman" oleh Prof Dr Shahrir Mohd Zain

3 comments
 Satu lagi pengiktirafan terhadap Mursyidul am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Prof. Shahrir hasilkan buku 'Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz'
Muhayat Yasmin   
PERMATANG PAUH, 12 Dis: Buku bertajuk ' Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman' hasil tulisan Prof. Dr Shahrir Mohd Zain telah dilancarkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Hussain di Masjid Batu, Kampung Pertama, semalam.
Abdul Halim dalam ucapan pelancarannya menyatakan bentuk kesederhanaan dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah suatu yang sukar diamalkan oleh mana-mana pemimpin dalam negara ini.
Katanya, sifat peribadi yang tinggi dipunyai oleh Nik Aziz itu bukan saja disenangi oleh majoriti rakyat Kelantan yang beragama Islam, malah ia turut disenangi oleh masyarakat bukan Islam.
"Wasatiyyah yang menggabungkan sifat keadilan dan kesederhanaan Tok Guru itu diungkapkan dalam buku ini bagi menjadi teladan kepada masyarakat. Ia adalah sebagai panduan dalam mengamati sifat peribadi yang harus ada pada kepimpinan sama ada peringkat bawahan maupun peringkat tertinggi.
"Beliau juga adalah tokoh sederhana dalam kepimpinan negara yang tidak juga dapat ditandingi sifatnya oleh mana-mana kepimpinan yang ada dalam negara ini walaupun telah berjaya memimpin Kelantan lebih dari 20 tahun hingga kini,"ujar beliau.
Pelancaran kali ini adalah sebagai permulaan kepada pelancaran yang akan turut dilakukan di beberapa buah negeri lagi sebagai satu wadah perjuangan untuk memberi peluang kepada masyarakat memiliki buku yang menceritakan keperibadian dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Sasterawan Negara, Azizi Abdullah, Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad adalah antara tetamu yang turut hadir pada majlis pelancaran buku tersebut.
.......Baca selanjutnya »

Saturday, December 11, 2010

PM: Usah gadai masa depan negara pada Pakatan

0 comments
Kepada Dato Seri PM, minta buat kenyataan berdasarkan fakta. Jangan main cakap-cakap kedai kopi. Ini hanya menjatuhkan taraf kebijaksanaan PM sekaligus menunjukkan ketidaklayakan Dato Seri memegang jawatan PM. Hanya layak jadi pencaci AMENO di sebuah kg di pedalaman pekan. Tunjukkan bukti dimana dasar PR menggadaikan masa depan rakyat.

Adakah dengan pemberian air percuma 20m padu setelah 2 tahun mentadbir Selangor?

Adakah dengan menghalang kenaikan tarif air oleh SYABAS sebanyak 37% adalah menghancurkan harapan rakyat?

Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.  Ni taraf lawak version Jangan Ketawa (tahun bile????). Kalau bukan ketua cawangan AMNO, ketua bahagian AMENO yang kaya raya, angkut projek sana sini rakyat mana lagi?. Sanggup bermati-matian mempertahankan jawatan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

azlanJusteru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini.

Najib berkata, kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong Pakatan Rakyat) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

Najib berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

NONEKatanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. .......Baca selanjutnya »