ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Wednesday, September 16, 2009

Tahanan ISA Dibebaskan: Kemengan Aidilfitri 1430H

Dengan nama ALLAH tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Segala pujian bagi ALLAH tuhan sekelian alam. Berita pembebasan tahanan ISA yang tersiar di media utama semalam disambut dengan penuh syukur. Sesungguhnya dugaan yang dihadapi dan kesabaran yang ditanggung oleh mangsa kekejaman ISA dan ahli keluarga selama ini tidak dapat ditukar ganti dengan pedih dan perit menghidu bom asap dan hujan pancutan air kimia FRU.

Menurut pengerusi GMI, mereka yang dibebaskan perlu diberitahu kesalahan mereka kerana selama penahanan di ISA mereka tidak pernah dituduh secara rasmi. Sekiranya tiada bukti yang jelas mereka wajib diberi pampasan yang setimpal selama mana menghadapi kesengsaraan di kem tahanan ISA oleh pihak yang menahan.



Begitu juga dengan nada yang disuarakan oleh YB Salahuddin Ayub untuk menyediakan bantuan guaman PAS kepada sekiranya mereka yang ditahan terdahulu itu berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Mengulas lanjut YB menegaskan prinsip keadilan dalam Islam mensyaratklan seseorang itu dibuktikan kesalahan melalui perbicaraan yang adil sebelum dijatuhkan hukuman.

Sedikit sebanyak perjuangan rakyat menentang undang-undang rimba yang zalim akan diberi suntikan semangat yang baru sehingga terhapusnya ISA dibumi Malaysia ini

No comments:

Post a Comment