ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Friday, July 9, 2010

Ada Bran?????

0 comments
Saman RM200juta. Ajak debat mengelak plak. Tak nak debat nak berdialog jer. Kalau ayat kampung takde t***q.  Bukan nak cari populariti tapi untuk menjelaskan fakta kepada rakyat. Tak buat secara langsung seperti Dato Seri Anwar Ibrahim lawan Shaberi Chik pun tak pe. Kami dah tak lalu nak tengok buih-buih secara langsung. Itu pun dalam surat khabar arus perdana claim menang debat lagi. Kita tidak mahu debat itu adalah yang pertama dan terakhir di Malaysia. Kita tunggu sahaja saman RM200juta.
Debat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan
Wan Nordin Wan Yaacob   
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.

Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.
Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.
.......Baca selanjutnya »

Thursday, July 8, 2010

PRU13 Semakin Hampir

0 comments
Kemunculan dajjal ada tanda-tandanya. Bagaimana pula dengan tanda-tanda kemunculan PRU?. Diantara tanda-tanda kemunculan PRU dapat diperhatikan akhbar pihak pembangkang mula ditekan. Dimulakan dengan Suara Keadilan dan membawa kepada Harakah. Penulis terbaca satu arikel di laman maya, Najib amat merindukan rakyat suapaya buta maklumat untuk beliau menentukan PRU13. Logiknya amat senang, dapat dirungkaikan oleh mereka yang tidak masuk universiti pun, sekiranya mereka ini berfikir.


Tekanan yang paling utama diberikan dalam bentuk kelulusan permit. Berbagai isu akan direkacipta seumpama pelajar bagi kelab rekacipta sekolah, untuk mengaburi pandangan umum dam menjustifikasikan tindakan pengharaman yang akan diambil. Insyaallah di zaman ini maklumat berada dihujung jari tidak lagi di hujung mesin pencetak surat khabar. Secara logiknya mengapa akhbar versi cetak ini mahu diharamkan penerbitan?. Umum mengetahui talian hayat yang terakhir UMNO BN adalah di kawasan kampung atau yang bukan bandar. Jadi capaian untuk maklumat dihujung jari agak sukar bagi golongan ini dan seharusnya mereka akan bergantung kepada informasi dalam bentuk konvensional........Itulah yang mungkin digarapkan oleh think tank BN...... Siapa Ketua pemikir UMNO Selangor????????

Harakah pula digantung?
Jimadie Shah Othman
Jul 8, 10
3:31pm
Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh kementerian dalam negeri hingga kini.

"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata pengerusi jamaah pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali yang juga setiausaha agung parti itu dalam kenyataan ringkasnya.
Namun, seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah -seperti biasa.
Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.

"Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.
Harakah hari ini dilaporkan diberi tujuh hari mulai kelmarin bagi menjawab surat tunjuk sebabdaripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan.

"Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah memohon memperbaharui semula permit penerbitannya pada April lepas.

Katanya, kali terakhir pihaknya berhubung dengan KDN pada semalam tetapi dimaklumkan bahawa ia masih "belum siap".

Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR - akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi 'masalah' dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul 'Felda Bankrap' minggu lalu.

Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana "tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya".

Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan.
.......Baca selanjutnya »

Judi Sukan: Jawapan Kementerian Berbeza-Beza

0 comments
Apabila dipersoalkan kenapa jawapan yang diberikan oleh kementerian tidak konsisten, sentiasa berubah-ubah ada pak menteri yang menyalahkan pegawai-pegawainya. Tidak dinafikan data-data disediakan oleh orang bawahan pak menteri tetapi dari segi struktur organisasinya kebertanggungjawaban itu terletak di bahu pak menteri. Dari pandangan struktur dalaman organisasi pegawai berkenaan memang wajar di ambil tindakan kerana cuai atau dengan alasan lain tidak menjalankan tugas sebaiknya.

Namun dari segi pandangan luar terhadap organisasi berkenaan, ketua harus memikul tanggungjawab akibat dari kecuaian para pekerja. Senang cerita ambil contoh Toyota Motor Company (TMC). Baru saja memecahkan penguasaan big three dalam industri automotif dan menjadi pengeluar terbesar didunia dilanda dengan masalah kualiti kenderaan dipasaran. Ini bukan melibatkan seunit dua kenderaan malahan jutaan unit yang terlibat. Jutaan kenderaan terpaksa dipanggil balik untuk pemulihan. Pada kes yang pertama dikatakan pedal minyak mengalami gangguan fungsi menyebabkan pedal tidak kembali ke posisi asal selepas ditekan menyebabkan kenderaan berada dalam keadaan pecutan, boleh mengakibatkan kemalangan. Presiden Toyota mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini walaupun bahagian berkenaan dihasilkan oleh vendor dan dipasang oleh pekerja Toyota. Beliau tidak menyalahkan budak kilang terbabit malah mengambil pendekatan untuk meminta maaf dan mengakui kecacatan yang dihasilkan. Ada perbezaan?????
Judi sukan: 3 jawapan kementerian berbeza
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung
kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat
dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, tindakan
kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza
terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan
kementerian dalam menentukan jawapan mutlak.
"Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan
pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya
sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.
Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang
dikeluarkan kementerian itu semalam.
Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun.
Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen
pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie',
bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports.
Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan
secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports.
Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan
menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal
aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur.
Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sports Toto di Semenanjung Malaysia.
Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian.
Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan
pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini.




Judi sukan: Pegawai k'jaan dipersalahkan lagi
Regina Lee |
Jul 8, 10
4:11pm
Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang
ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian
kewangan.

Menurut timbalan menteri kewangan, Datuk Donald
Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang
pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya.

“Pegawai kementerian tidak menyemak jawap
dengan betul,” katanya ketika dihubungi oleh
Malaysiakini.

Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan
berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada
kementerian kewangan yang perlu dijawap pada
sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu.

“Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan
sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat
perubahaan keputusan selepas itu,” katanya yang
merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik
balik pemberian lesen judi itu.

Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu
berkenaan bagi menjelaskan keadaan.

Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana
kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam
Dewan Rakyat.

“Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan
berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka.

Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan
menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan
kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti
berkenaan.

Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam
jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul
Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan
berpindah ke Putrajaya.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan
ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan.

Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir
di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu.

.......Baca selanjutnya »

Barry Wain: Dr M seleweng RM100billion

0 comments

Seorang penulis buku Barry Wain telah mendedahkan didalam bukunya "Malaysian Mavericks: Mahathir Mohamed in Turbulent Time" pada zaman pemerintahan rejim Mahathir, sebanyak RM100billion telah diselewengkan.Ini bukan cakap kosong di kedai kopi. Penulis telah memberikan fakta untuk menyokong pernyataan yang telah dibuat. Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengambil pendekatan untuk tidak mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut dengan alasan tiada asas berlakunya penyelewengan rasuah dibawah akta pencegahan rasuah Malaysia 2009.

Tindakan ini memang jelas mengamalkan sikap kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat buta.




Dakwaan seleweng RM100b, SPRM Tak Siasat Dr M
Jul 8, 10 6:55pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Wain berkata semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion itu disokong oleh bukti.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr
 Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ia makin bertambah selepas itu.
"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini Mei lalu.

Selain itu, Wain juga mendakwa bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.
 

Buku itu pernah ditahan lebih lima bulan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan untuk mengkajinya.
Disember tahun lalu, KDN telah merampaskan 800 naskah buku tersebut di Pelabuhan Klang.

Dr Mahathir dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion.

Beliau juga meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut, tetapinya ia ditolak.

.......Baca selanjutnya »

Wednesday, July 7, 2010

Menteri Kurang Ajar

0 comments
Dimanakah akal waras seorang menteri UMNO yang mentafsirkan PAS adalah parti ajaran sesat. Secara asas Perlembagaan PAS Fasal 3 menyatakan bahawa "Dasar PAS ialah Islam" manakala Fasal 7 (1) menyatakan adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata. dimanakah kesesatan atau kekurangan dalam perlembagaan yang tersebut.

Apakah pula perlembagaan parti yang didokong oleh Shafie Afdal? Amat malang bagi negara ini yang mempunyai menteri bermulut celupar. Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor mengutuk sekeras-kerasnya. kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangun dan Luar Bandar dan mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan berniat jahat ini. DPPKHS juga menyokong sepenuhnya saranan Ustaz Idris Ahmad untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yasin sejuta ahli PAS sekiranya Shafie Afdal enggan menarik balik tuduhan jahat tersebut.





Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: PAS menganggap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, satu kenyataan yang biadab.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencabar Shafie atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu.
“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, di dalam  Perlembagaan  PAS Fasal 3 “Dasar PAS ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata.
“Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?” tanya beliau lagi. 
Secara sinis, katanya PAS tidak mahulah mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran, sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan oleh PAS.
“Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini.  Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS, maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS,” kata Idris.
PAS, katanya beranggapan kenyataan yang biadab daripada seorang Naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa.
Tambahnya, macam mana Shafie boleh menuduh PAS sesat sedangkan ianya didukung oleh Tuan Guru dan alim ulama.
Suatu ketika dahulu, katanya PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan parti itu tidak ada mereka yang menganut fahaman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan ditahan di bawah ISA.
“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab itu untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang  Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS,” ujarnya lagi.
Baginya, Shafie cuba menakutkan orang ramai supaya jangan menyokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan  parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menasihatkan Shafie sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi s.a.w.
“PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik, kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yaasin dan solat hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara,” tegasnya.

















PAS parti 'ajaran sesat', laporan polis dibuat
Abdul Rahim Sabri
Jul 5, 10
1:34pm


PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat. 

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepadaMalaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam 

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.

.......Baca selanjutnya »