ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Wednesday, July 7, 2010

Menteri Kurang Ajar

Dimanakah akal waras seorang menteri UMNO yang mentafsirkan PAS adalah parti ajaran sesat. Secara asas Perlembagaan PAS Fasal 3 menyatakan bahawa "Dasar PAS ialah Islam" manakala Fasal 7 (1) menyatakan adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata. dimanakah kesesatan atau kekurangan dalam perlembagaan yang tersebut.

Apakah pula perlembagaan parti yang didokong oleh Shafie Afdal? Amat malang bagi negara ini yang mempunyai menteri bermulut celupar. Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor mengutuk sekeras-kerasnya. kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangun dan Luar Bandar dan mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan berniat jahat ini. DPPKHS juga menyokong sepenuhnya saranan Ustaz Idris Ahmad untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yasin sejuta ahli PAS sekiranya Shafie Afdal enggan menarik balik tuduhan jahat tersebut.





Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: PAS menganggap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, satu kenyataan yang biadab.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencabar Shafie atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu.
“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, di dalam  Perlembagaan  PAS Fasal 3 “Dasar PAS ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata.
“Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?” tanya beliau lagi. 
Secara sinis, katanya PAS tidak mahulah mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran, sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan oleh PAS.
“Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini.  Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS, maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS,” kata Idris.
PAS, katanya beranggapan kenyataan yang biadab daripada seorang Naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa.
Tambahnya, macam mana Shafie boleh menuduh PAS sesat sedangkan ianya didukung oleh Tuan Guru dan alim ulama.
Suatu ketika dahulu, katanya PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan parti itu tidak ada mereka yang menganut fahaman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan ditahan di bawah ISA.
“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab itu untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang  Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS,” ujarnya lagi.
Baginya, Shafie cuba menakutkan orang ramai supaya jangan menyokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan  parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menasihatkan Shafie sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi s.a.w.
“PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik, kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yaasin dan solat hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara,” tegasnya.

















PAS parti 'ajaran sesat', laporan polis dibuat
Abdul Rahim Sabri
Jul 5, 10
1:34pm


PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat. 

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepadaMalaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam 

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.

No comments:

Post a Comment