ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Thursday, July 8, 2010

Barry Wain: Dr M seleweng RM100billion


Seorang penulis buku Barry Wain telah mendedahkan didalam bukunya "Malaysian Mavericks: Mahathir Mohamed in Turbulent Time" pada zaman pemerintahan rejim Mahathir, sebanyak RM100billion telah diselewengkan.Ini bukan cakap kosong di kedai kopi. Penulis telah memberikan fakta untuk menyokong pernyataan yang telah dibuat. Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengambil pendekatan untuk tidak mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut dengan alasan tiada asas berlakunya penyelewengan rasuah dibawah akta pencegahan rasuah Malaysia 2009.

Tindakan ini memang jelas mengamalkan sikap kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat buta.




Dakwaan seleweng RM100b, SPRM Tak Siasat Dr M
Jul 8, 10 6:55pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Wain berkata semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion itu disokong oleh bukti.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr
 Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ia makin bertambah selepas itu.
"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini Mei lalu.

Selain itu, Wain juga mendakwa bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.
 

Buku itu pernah ditahan lebih lima bulan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan untuk mengkajinya.
Disember tahun lalu, KDN telah merampaskan 800 naskah buku tersebut di Pelabuhan Klang.

Dr Mahathir dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion.

Beliau juga meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut, tetapinya ia ditolak.

No comments:

Post a Comment