Namun dari segi pandangan luar terhadap organisasi berkenaan, ketua harus memikul tanggungjawab akibat dari kecuaian para pekerja. Senang cerita ambil contoh Toyota Motor Company (TMC). Baru saja memecahkan penguasaan big three dalam industri automotif dan menjadi pengeluar terbesar didunia dilanda dengan masalah kualiti kenderaan dipasaran. Ini bukan melibatkan seunit dua kenderaan malahan jutaan unit yang terlibat. Jutaan kenderaan terpaksa dipanggil balik untuk pemulihan. Pada kes yang pertama dikatakan pedal minyak mengalami gangguan fungsi menyebabkan pedal tidak kembali ke posisi asal selepas ditekan menyebabkan kenderaan berada dalam keadaan pecutan, boleh mengakibatkan kemalangan. Presiden Toyota mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini walaupun bahagian berkenaan dihasilkan oleh vendor dan dipasang oleh pekerja Toyota. Beliau tidak menyalahkan budak kilang terbabit malah mengambil pendekatan untuk meminta maaf dan mengakui kecacatan yang dihasilkan. Ada perbezaan?????
Judi sukan: 3 jawapan kementerian berbeza |
Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, tindakan kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan kementerian dalam menentukan jawapan mutlak. "Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini. Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang dikeluarkan kementerian itu semalam. Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun. Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie', bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports. Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports. Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur. Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sports Toto di Semenanjung Malaysia. Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian. Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini. |
Judi sukan: Pegawai k'jaan dipersalahkan lagi | |||
|
Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian kewangan. Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya. “Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul,” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini. Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu. “Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu,” katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu. Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan. Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat. “Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka. menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya. Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan. Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu. |
No comments:
Post a Comment