ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Tuesday, July 13, 2010

Siapa tuduh siapa???

TPM dengan penuh semangat menuduh DSAI sebagai barua Yahudi, agen CIA, talam dua muka. Apa tidaknya beliau menuduh DSAI melutut dikaki Yahudi di Washington untuk memohon maaf kerana mengutuk Yahudi di negara ini. Ditambah lagi dengan kenyataan menteri DSAI membayar CNN untukk membolehkan keluar dalam segmen bual bicara. Nah sekarang telah terbukti apabila CNN sendiri menafikan tuduhan liar menteri berakal pendek.


Siapa dulu yang pernah membayar berjuta-juta RM unutuk menjejakkan kaki ke white house untuk bertemu dengan President of the States. Kemudian penggantinya juga membelanjakan jutaan RM lagi untuk juga bertemu dengan pengganti Mr.President. Juga diwar-warkan Mr.President telah membuat panggilan kepada beliau.



Laporan 'Anwar Bayar CNN' Palsu
Posted on Tuesday, July 13 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaSumber Malaysiakini

CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.“Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta.”

“Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu dan direka-reka,” kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

“Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta.”

Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk “Anwar didakwa bayar CNN'.

L


aporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.

Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak.

No comments:

Post a Comment