ijtimak tarbawi dpp

ijtimak tarbawi dpp

Wednesday, July 14, 2010

UMNO masih menipu??

Satu kenyataan yang keras daripada Haji Mohamad Sabu.

Kerjasama hanya tipu muslihat Umno
Wan Nordin Wan Yaacob   
KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS diingatkan jangan terpedaya dengan tipu muslihat
Umno yang menghulurkan tangan bagi mengadakan kerjasama antara dua parti itu.
Demikian tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji
Mohamad Sabu (gambar)kepada Harakahdaily ketika
ditemui hari ini.
"Saya melihat mungkin ada pemimpin Umno ini yang duk
fikir mungkin ada pemimpin PAS yang akan terpedaya
dengan muslihat mereka, saya tegaskan ini satu tipu
muslihat, jangan kita terperangkap dengan usaha ini,"
tegasnya.
Menurutnya, Umno memainkan isu itu dalam usaha
untuk memecahbelahkan kesepaduan Pakatan Rakyat
dan PAS selain mengusik pengundi bukan Islam agar
lari dari PAS.
Umno, baginya tidak pernah senang dan sering
menjalankan dakyah agar PAS ditolak oleh bukan
sahaja Melayu malah bukan Melayu.
Memandangkan PAS telah diterima bukan Melayu dan Melayu hari ini, Umno merasa
'gelabah' dan sengaja memainkan semula lagu lama itu untuk menjatuhkan PAS
sebenarnya, katanya lagi.
Bersama dengan hujah beliau itu, seorang lagi AJK PAS Pusat, Hanipa Maiden juga
menyeru agar kepimpinan dan ahli 'jangan layan atau peduli' dengan tawaran yang
dibuat Umno itu.
Beliau melihat, pelawaan itu tidak lebih sekadar strategi politik tatkala Umno semakin
mula ditinggalkan oleh semua kaum di negara ini.
Sebaliknya rakyat hari ini mahukan politik baru yang mana ia tidak lagi berasaskan
kepada sentimen perkauman ataupun pemikiran sempit seperti yang dijalankan
Umno/BN, ujarnya.
Beliau sekali lagi mengulangi gesaan agar PAS tidak melayan sahaja pelawaan
Umno tersebut malah mengganggap ia satu strategi untuk menjatuhkan PAS.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan PAS
sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu
seperti disaran beberapa pihak.

No comments:

Post a Comment