Namun berdasarkan maklumat yang diperolehi, bersumberkan warga pendidik beberapa hipoteis ringkas telah dapat digarapkan. Bermula dengan pemansuhan yuran sekolah, kemudian pemansuhan yuran peperiksaan (yang mana dulu tidak dapat dipastikan penulis) sebenarnya kantung kewangan untuk menampung kos bagi peperiksaaan utama telah terlalu meruncing. Kos mencetak kertas soalan, logistik, elauan guru peperiksaan dan tuntutan perjalanan sebenarnya sudah tidak mampu ditanggung lagi. Hipotesis ini tidak dapat disertakan dengan data yang tepat, tapi andaian seterusnya akan dibekalkan dengan data dan fakta.
Merujuk kepada proses selepas peperiksaan iaitu proses pemarkahan atau penandaan kertas jawapan pelajar, ini juga melibatkan kos. Jika sebelum ini guru yang terlibat sebagai penanda kertas jawapan dibenarkan menuntut elaun perjalanan mengikut kadar perbatuan yang sebenar, tetapi pada kali ni hanya max rm50 shaja dibenarkan. Belum dikira dengan elaun untuk memeriksa kertas jawapan pelajar.
Dilaporkan juga satu pekeliling telah diedarkan di sekolah Hulu Selangor perkaitan dengan pemansuhan faedah hospitalisasi (bayaran wad). Jika sebelum ini penjawat awan khasnya dalam kes ini guru diberi pelepasan pada suatu kadar untuk bayaran wad tetapi pekeliling yang dikeluarkan mengatakan tiada lagi keistimewaan ini. Guru dikehendaki membayar penuh caj wad yang dikenakan.
Sekarang telah terbukti siapa yang hampir bankrap. Bukan hanya FELDA tapi lebih besar dari itu. Adakah ini berkadar langsung dengan "penstrukturan semula subsidi" yang telah diumumkan oleh pemerintah BN? Gunakan akal untuk berfikir.......................................
No comments:
Post a Comment