DPP Hulu Selangor melihat senario ini sebagai salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyekat pengaliran maklumat alternatif selain daripda akhbar arus perdana kepada umum. Persoalannya mengapa sekarang?. Penganalisis tanahair berpendapat kerajaan pemerintah telah membuat perkiraan untuk mengadakan PRU13. Ini disokong kuat dengan hasil bancian yang dilaporkan tahap popularity Najib semakin menaik. Semestinya BN akan menggunakan faktor ini untuk menentukan tarikh pilihanraya umum.
Sementara itu jika diperhatikan, di media perdana hampir setiap hari pentadbiran Selangor dihentam. Kemudian silih berganti dengan hentaman terhadap kerajaan Pulau Pinang dan diselit dengan hentaman terhadap kerjaan negeri Kedah. Di Selangor dimainkan isu pasir manakala di Pulau Pinang dipergunakan isu penduduk Kampung Assam. Kebelakangan ini jarang diperdendangkan dengan tohmahan dan hentaman keatas kerajaan Kelantan.
Dengan ini DPP Hulu Selangor menyeru seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat untuk mempersiapkan diri dan memperkemaskan diri untuk menghadapi PRU 13 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment